Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Hutang si mati, sanggupkah waris pikul tanggungjawab?

Wajar lunaskan pinjaman walaupun selepas kematian   KEGHAIRAHAN dan kejahilan waris sering mengatasi kehendak syarak terutama dalam perkara menentukan hutang atau liabiliti si mati serta keperluan melunaskan atau membayar balik hutang berkenaan. Waris sanggup turun naik mahkamah berebut harta pusaka sesama keluarga dan paling buruk, sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan demi merebut pusaka serta mahukan bahagian masing-masing. Bagaimana dengan tanggungjawab membabitkan hutang atau liabiliti si mati? Menjadi tanggungjawab waris menentukan hutang si mati dan melunaskan semua hutang yang sudah dikenal pasti, sama ada membayarnya dengan pusaka si mati ataupun menggunakan wang sendiri.  Islam menekankan dengan tegas tanggungjawab membayar hutang walaupun selepas kematian penghutang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya.” 

Konsep Takaful Ikhlas

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun. Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya. Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya: Dalil Kerjasama     Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (Al-Maidah : 2)     Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud) Dalil Tanggungjawab     Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya di

Model Takaful Ikhlas

Imej
Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam di peringkat antarabangsa dan tempatan, Takaful IKHLAS telah memilih kontrak Wakalah sebagai model dalam membentuk asas operasi kami. Wakalah adalah satu bentuk perhubungan perwakilan di antara Takaful IKHLAS dan seseorang peserta (Prinsipal/Pelanggan). Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan kami: Kontrak Tabarru’ di mana peserta bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada Dana Risiko untuk membantu peserta lain. Kontrak Wakalah di mana peserta membenarkan Takaful IKHLAS untuk menguruskan hal ehwal dana bagi pihak beliau. Model Takaful IKHLAS membolehkan penggunaan perantara sebagai satu kaedah untuk memenuhi keperluan pelanggan, pembayaran lebihan dan keuntungan dengan lebih baik, di mana sesuai, kepada para peserta dan pengiraan keuntungan yang dikongsi secara bulanan. Nota: Bagi GRIA, sebahagian daripada su

Pengenalan Takaful Ikhlas

Imej
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) diperbadankan pada 18 September 2002 dan adalah sebuah anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad. Setelah beroperasi selama enam tahun, Takaful IKHLAS berjaya mengukuhkan kehadirannya dalam penyediaan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berasaskan Sistem Takaful yang menekankan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama di kalangan para pesertanya. Kini, reputasi kami dalam pasaran sebagai satu "jenama" dinamik telah dikenali ramai. Hingga kini, lebih 1.4 juta individu dan syarikat telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Syarikat dan menjadi pemegang sijil (peserta). Komitmen dan pegangan Takaful IKHLAS kepada nilai-nilai yang luhur, bersama-sama dengan kesesuaian teknologi yang digunakan dalam pelaksanaan perniagaan, telah membina nama baik Syarikat atas pengamalan pendekatan dan penyediaan perkhidmatan yang beretika. Syarikat menawarkan rangkaian Pelan Takaful Keluarga, Berkelompok dan