Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Aset Kewangan Islam Dijangka Cecah RM7.92 Trilion

Imej
Aset kewangan Islam dijangka berkembang sehingga RM7.92 trilion di peringkat global menjelang 2016 berbanding RM5.07 trilion yang dicapai sekarang. Pengerusi Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF), Tun Musa Hitam berkata, ia adalah satu cabaran yang perlu ditempuhi bagi mencapai sasaran itu.

Takaful Ikhlas Dapat Sambutan Bukan Islam

Imej
Sejak penubuhannya 10 tahun lalu, Takaful Ikhlas Sdn Bhd bukan sahaja mampu menarik kira-kira dua juta pemegang polisi berdaftar, malah lebih membanggakan apabila 180,000 daripada jumlah itu terdiri daripada pelanggan bukan Islam. Pengerusinya Sharkawi Alis berkata ini membuktikan produk syarikat itu berjaya menambat hati pelanggan bukan Islam yang yakin akan kualiti dan kelebihan yang tidak terdapat pada syarikat lain. "Mereka bersama kami kerana produk itu bagus. Kita ibarat jual barang dan mereka beli barang itu kerana ia sememangnya bagus. Takaful ini bukan untuk orang Islam sahaja, dan mesej yang mahu kita sampaikan ialah ia juga turut menarik minat bukan Islam.

#DoakanMH370

Imej
Hanya DUA Cara Untuk Menemui Pesawat MH370   1) Doa daripada orang-orang yang soleh yang dekat dengan Allah 2) Doa dari ahli keluarga kerana mereka sedang beremosi dan Allah sedang melihat mereka

Takaful Ikhlas Percaya Sumbangan Kasar Atasi RM747 Juta

Imej
Takaful Ikhlas Sdn Bhd percaya sumbangan kasar bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 (FY14) akan mengatasi RM747 juta pada FY13, didorong pelaksanaan projek semasa dan dalam perancangan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ab Latiff Abu Bakar berkata sumbangan FY13 dibantu permintaan yang semakin meningkat ke atas produk insurans keluarga serta insurans am. Produk insurans keluarga terdiri daripada insurans am, perubatan dan polisi berkaitan pelaburan manakala produk am termasuk pemotoran, kebakaran, marin dan penerbangan.

Pertumbuhan Sektor Takaful 2014 Dijangka Stabil

Imej
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Sdn Bhd Ab Latiff Abu Bakar berkata industri takaful dijangka mengakhiri 2013 dengan pertumbuhan kukuh sebanyak kira-kira 20 peratus. Beliau berkata berdasarkan laporan Ernst & Young, Malaysia muncul sebagai pasaran takaful keluarga terbesar dan dijangka terus menerajui industri takaful Asean, dengan menguasai 70 peratus daripada sumbangan takaful kasar. "Aset industri takaful dijangka berkembang lebih daripada 10 peratus, dengan industri insurans berkembang lebih lima peratus," kata Ab Latiff.

Takaful Ikhlas Terima Anugerah Pengendali Takaful Terbaik Malaysia

Imej
Jenama Takaful Ikhlas telah membuktikan kehebatannya apabila menerima pengiktirafan berprestij Pengendali Takaful Terbaik Malaysia 2013 bulan lepas, daripada Global Banking & Finance Review, iaitu sebuah portal dalam talian. Anugerah itu diwujudkan bagi mengiktiraf syarikat dari pelbagai saiz yang menonjol dalam bidang-bidang kepakaran dan kecemerlangan tertentu dalam seluruh komuniti perbankan dan kewangan global. Takaful Ikhlas Sdn Bhd berkata anugerah itu melambangkan inovasi, pencapaian, strategi, perubahan progresif dan inspirasi yang berlaku dalam sektor kewangan. "Anugerah dan pengiktirafan ini menunjukkan produk-produk Takaful IKHLAS telah mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara," kata Naib Presiden Kanan, Ketua Agensi merangkap 'Officer in Charge' Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Wan Rosli Shaharuddin bin Wan Yaacob dalam satu kenyataan.

Takaful IKHLAS Berlandaskan Syariah Sepenuhnya

Imej
Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) berjaya mengikis kesangsian masyarakat khasnya umat Islam terhadap polisi perlindungan insurans yang 100 peratus berlandaskan syariah. Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata Takaful IKHLAS menawarkan produk takaful yang baik dari sudut menguruskan kewangan. Contohnya, takaful pendidikan serta perubatan dan kesihatan yang mana dua perkara ini merupakan aspek penting kepada masa depan setiap individu tanpa mengira latar belakang dan usia.

Takaful Ikhlas dan Kolej Dar Al-Hikmah Merealisasikan Ikatan Kerjasama Bagi Program Diploma Takaful

Imej
Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) dan Kolej Dar Al-Hikmah hari ini menjalinkan kerjasama bagi melaksanakan program Diploma Takaful kepada kakitangan dan tenaga kerja agensi  Takaful IKHLAS. Memorandum persefahaman ini telah ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Pegawai  Eksekutif, Takaful IKHLAS, Encik Ab. Latiff Abu Bakar dan Tuan Haji  Md Fuad bin Bahari  Ketua Pegawai Eksekutif, Kolej Dar Al-Hikmah.

Firma Insurans Perlu Tubuh Entiti Baru

Imej
Takaful Ikhlas Malaysia Sdn Bhd menjangka industri insurans berdepan persekitaran lebih mencabar dalam tempoh lima tahun akan datang. Ia berikutan pelaksanaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang berkuat kuasa pada Julai lalu. Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Ab Latiff Abu Bakar, berkata menerusi peraturan baru itu, peserta industri insurans dikehendaki menstruktur semula semua perniagaan mengikut skop perniagaan supaya ia lebih sistematik. Beliau berkata, syarikat insurans perlu membahagikan segmen perniagaan dan didaftarkan di bawah satu entiti baru yang menjalankan aktiviti perniagaan khusus.

Takaful Ikhlas Sasar Capai 14 Peratus Penguasaan Pasaran Tahun Ini

Imej
Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful Ikhlas), unit kepada MNRB Holdings Bhd, berhasrat menguasai 14 peratus kepentingan pasaran menjelang akhir tahun, meningkat daripada 12 peratus tahun lepas. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ab Latiff Abu Bakar berkata Takaful Ikhlas bercadang mengukuhkan lagi program-programnya dalam usaha mencapai penguasaan pasaran yang disasarkan itu. "Kami cuba menempatkan prospektif yang betul dari segi strategi dan banyak lagi," kata beliau kepada Bernama.

Industri Takaful Harapkan Insentif Tambahan Dalam Belanjawan 2014

Imej
Industri takaful di Malaysia mengharapkan beberapa insentif tambahan dalam Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 25 Okt ini. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Ab Latiff Abu Bakar berkata Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah membincangkan beberapa isu dengan pihak berkuasa berkaitan berhubung dengan jangkaan mereka untuk belanjawan tahun hadapan.

Skop Lebih Sistematik

Imej
Takaful Ikhlas Malaysia Sdn Bhd (Takaful Ikhlas) melihat pemain industri insurans bakal berdepan situasi pasaran lebih mencabar dalam tempoh lima tahun akan datang berikutan pelaksanaan Akta Perkhidmatan Kewangan Isl am (IFSA) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang berkuat kuasa pada Jun lalu. Pelaksanaan akta itu adalah usaha untuk memodenkan undang-undang yang mengawal selia perlakuan dan penyeliaan institusi kewangan di negara ini bagi memastikan undang-undang itu terus relevan serta berkesan untuk mengekalkan kestabilan kewangan, menyokong pertumbuhan menyeluruh dalam sistem kewangan dan ekonomi, selain menyediakan perlindungan mencukupi untuk pengguna.

Takaful Ikhlas Akan Tumpu Produk Berkelompok Dalam Usaha Didik Pelanggan Melayu

Imej
Takaful Ikhlas Sdn Bhd akan memberi tumpuan terhadap produk insurans takaful berkelompoknya dalam usaha untuk mendidik lebih ramai pelanggan Melayu mengenai kepentingan perlindungan takaful. Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya Ab Latiff Abu Bakar berkata kadar penembusan takaful dalam pasaran Melayu di Malaysia hanya 12 peratus dan jumlah itu masih rendah dibandingkan dengan jumlah penduduk negara ini. "Daripada 88 peratus pasaran Melayu untuk perlindungan insurans takaful yang masih belum ditembusi, kami menyasarkan sehingga 10 peratus untuk kami pada tahun hadapan, dipacu oleh produk-produk yang bakal dilancarkan dan produk berkelompok sedia ada kami.

Takaful Ikhlas Peruntuk RM200,000 Bagi Program CSR Sepanjang Ramadan

Imej
Takaful Ikhlas Sdn Bhd memperuntukkan hampir RM200,000 bagi program tanggungjawab sosial korporatnya sepanjang bulan Ramadan ini. Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ab Latiff Abu Bakar berkata ia adalah antara usaha syarikat mendekati masyarakat pelbagai peringkat khususnya mereka yang memerlukan. Pada hari ini, syarikat menyumbang RM16,000 kepada Rumah Jagaan dan Rawatan Warga Tua Al-Ikhlas menerusi Program Ramadannya.

Takaful Ikhlas Lancar Tiga Produk Pelaburan Dan Perlindungan Kesihatan Yang Ditambahbaik

Imej
Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful Ikhlas) hari ini melancarkan tiga produk pelaburan dan perlindungan kesihatan yang ditambah baik iaitu Ikhlas Capital Investment-Linked Takaful Plus, Ikhlas Premier Investment-Linked Takaful Linked dan Ikhlas 'ChoicePlus' Individual Medical Rider. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Ab Latiff Abu Bakar berkata, untuk ketiga-tiga produk ini, Takaful Ikhlas telah mensasarkan perolehan sumbangan sebanyak RM20 juta setahun. Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai produk-produk ini, beliau berkata Ikhlas Capital Investment-Linked Takaful Plus adalah pelan caruman pelaburan tunggal yang menyediakan peluang untuk pelanggan memaksimumkan pulangan pelaburan dan pada masa yang sama, menikmati perlindungan takaful.

Pelancaran Logo Ulangtahun ke 10 Takaful Ikhlas

Imej
Takaful Ikhlas Sdn Bhd, satu unit MNRB Holdings Bhd, melancarkan logo ulang tahun ke-10 hari ini selepas menjalankan solat syukur di masjid Ar-Rahah di Kampung Kerinchi, Bangsar. Logo itu, mena mpilkan tulisan khat kufi, menggambarkan aspirasi syarikat dan wawasannya untuk menjadi jenama terpilih berasaskan syarikat, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Syarikat itu berkata, penggunaan warna hijau pekat dan cerah menggambarkan konsistensi, memandangkan ia juga warna korporat, sementara nombor hitam 10 itu menonjolkan integriti dan kestabilan jenama Takaful Ikhlas, yang berusia 10 tahun.

Konsep Takaful Ikhlas

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun. Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya. Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya: Dalil Kerjasama     Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (Al-Maidah : 2)     Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud) Dalil Tanggungjawab     Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah sepe...

Model Takaful Ikhlas

Imej
Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam di peringkat antarabangsa dan tempatan, Takaful IKHLAS telah memilih kontrak Wakalah sebagai model dalam membentuk asas operasi kami. Wakalah adalah satu bentuk perhubungan perwakilan di antara Takaful IKHLAS dan seseorang peserta (Prinsipal/Pelanggan). Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan kami: Kontrak Tabarru’ di mana peserta bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada Dana Risiko untuk membantu peserta lain. Kontrak Wakalah di mana peserta membenarkan Takaful IKHLAS untuk menguruskan hal ehwal dana bagi pihak beliau. Model Takaful IKHLAS membolehkan penggunaan perantara sebagai satu kaedah untuk memenuhi keperluan pelanggan, pembayaran lebihan dan keuntungan dengan lebih baik, di mana sesuai, kepada para peserta dan pengiraan keuntungan yang dikongsi secara bulanan. Nota: Bagi GRIA, sebahagian daripada su...

Pengenalan Takaful Ikhlas

Imej
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) diperbadankan pada 18 September 2002 dan adalah sebuah anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad. Setelah beroperasi selama enam tahun, Takaful IKHLAS berjaya mengukuhkan kehadirannya dalam penyediaan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berasaskan Sistem Takaful yang menekankan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama di kalangan para pesertanya. Kini, reputasi kami dalam pasaran sebagai satu "jenama" dinamik telah dikenali ramai. Hingga kini, lebih 1.4 juta individu dan syarikat telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Syarikat dan menjadi pemegang sijil (peserta). Komitmen dan pegangan Takaful IKHLAS kepada nilai-nilai yang luhur, bersama-sama dengan kesesuaian teknologi yang digunakan dalam pelaksanaan perniagaan, telah membina nama baik Syarikat atas pengamalan pendekatan dan penyediaan perkhidmatan yang beretika. Syarikat menawarkan rangkaian Pelan Takaful Keluarga, Berkelompok dan...