Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Takaful Ikhlas Berhad

Ketua Takaful IKHLAS Menang Anugerah CEO Terbaik 2017

Imej
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad, Datuk Ab Latiff Abu Bakar dipilih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terbaik 2017 bagi industri Takaful, pada majlis Anugerah Kewangan Islam Dunia (GIFA) 2017. Menurut satu kenyataan di sini hari ini, Ab Latiff dipilih menerima anugerah itu atas berdasarkan sumbangan beliau dalam membangunkan industri Takaful Malaysia menerusi pelbagai inisiatif dan inovasi produk selain usahanya dalam memacu kejayaan Takaful IKHLAS. "Menerusi kepimpinan Ab Latiff, Takaful IKHLAS mencatat pertumbuhan perniagaan yang kukuh, dalam kedua-dua perniagaan Takaful Keluarga dan Am, dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2017 (FY17)," katanya. Takaful IKHLAS mencatat pertumbuhan 9.3 peratus sumbangan kasar kepada RM989 juta berbanding RM904.9 juta yang dicatatkan pada FY16. Sumbangan kasar perniagaan Takaful Keluarga meningkat 10.3 peratus tahun ke tahun kepada RM674.1 juta manakala sumbangan kasar perniagaan Takaful Am meningkat...

Aset Dana Takaful Ikhlas Naik 1.3 Kali Ganda

Imej
Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) mencatatkan pertumbuhan stabil dengan aset dana melepasi tahap pertumbuhan industri pada kadar 1.3 kali ganda dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Takaful IKHLAS turut meningkatkan sumbangan syarikat bagi tahun kewangan semasa mencecah RM909 juta berbanding RM829 juta sebelumnya manakala perniagaan takaful keluarga pula menyumbang 68 peratus diikuti takaful am yang mewakili 32 peratus. Kadar pertumbuhan takaful keluarga juga menggalakkan menerusi produk perubatan dan kesihatan serta produk berkaitan pelaburan. Pengurus Agensi Kumpulan Takaful IKHLAS, Abdul Wahab Mat Ariff berkata, pihaknya sentiasa membuka peluang melahirkan ramai perunding takaful berjaya.

Perlindungan Takaful Satu Keperluan

Imej
Menabung adalah suatu amalan yang sangat digalakkan dalam Islam kerana banyak kelebihan dan kebaikan tersembunyi yang lazimnya hanya disedari ia sangat bermanfaat ketika individu itu berada dalam keadaan terdesak mahupun kecemasan. Keutamaan menabung dilihat sebagai persediaan kewangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Bagaimanapun, kebanyakan ahli masyarakat hari ini seolah kurarig mengambil berat dalam menyediakan tabungan sebagai rutin malah tidak mengambil berat soal tabungan kecemasan. Sikap leka begini akhirnya akan membebankan ahli keluarga lain. Contohnya, suami adalah ketua keluarga dan wajib memikirkan banyak perkara berkaitan peijalanan rumah tangga. Jika beliau tidak membuat persediaan dan tiba­tiba ditimpa kesakitan atau kematian, tentulah keluarga bakal berhadapan kesusahan. Sebagai pencan nafkah utama, kehilangan sumber pendapatan sememangnya memberi impak besar kepada keluarga. Ketika itu barulah timbul rasa kesal jika tiada tabungan da...

Amalan Hibah Elak Perebutan Harta

Imej
Terdapat dua urusan penting yang perlu diselesaikan sebelum dapat dilakukan urusan pembahagian harta simati iaitu hibah dan wasiat. Apakah yang dimaksudkan dengan hibah?  Perancangan kewangan penting kerana ia membabitkan kehidupan dua pihak iaitu kehidupan simati di alam roh dan orang yang ditinggalkan. Inilah yang dikatakan jaminan masa hadapan dunia dan akhirat. Islam tidak mahu umatnya bergaduh dan berkeluh-kesah malah bersedih sepanjang hayat selepas berlaku kematian. Lantaran harta adalah amanah yang perlu dikembangkan, maka menurut kaedah perancangan kewangan Islam, urusan hibah dan wasiat diharuskan kerana ia dilihat sebagai perbuatan kebajikan yang bakal menjamin kemaslahatan umum. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Bukanlah suatu kebajikan itu kamu menghadapkan muka ke Timur dan Barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab dan nabi, dan mendermakan harta yang dicintai kepada kerabatnya, anak yatim, orang miskin, ...

Kejayaan Satu-satunya Syarikat Malaysia Dalam Kategori Takaful

Imej
Takaful Ikhlas Bhd (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd (MNRB) menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila merangkul Anugerah Perbankan & Kewangan Global Eropah 2016-Syarikat Takaful Pilihan Tahun ini (Malaysia) daripada The European Magazine baru-baru ini. Kejayaan itu diraih oleh satu-satunya syarikat Malaysia Kategori Takaful. The European Magazine mempunyai rangkaian pengedaran yang merangkumi sejumlah pihak pengurusan kanan, dengan perincian maklumat yang bersumberkan agensi data dan berita yang paling dipercayai di seluruh dunia.

Takaful Ikhlas Raih Anugerah Perbankan Dan Kewangan Global Eropah 2016

Imej
Takaful Ikhlas Bhd, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd (MNRB), memenangi Anugerah Perbankan dan Kewangan Global Eropah 2016 - Syarikat Takaful Terbaik (Malaysia) daripada The European Magazine. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata ia merupakan bukti daripada usaha berterusan syarikat dalam meningkatkan ekuiti jenamanya dalam kalangan pelanggan. "Kami bekerja keras selama ini untuk meningkatkan pengalaman jenama kami melalui penglibatan pelanggan dalam semua saluran pemasaran. "Kami ingin menyatakan penghargaan dan terima kasih kami untuk anugerah ini dan kepada pelanggan kami atas kepercayaan dan sokongan mereka. "Anugerah ini akan terus mengukuhkan usaha kami untuk mewujudkan pengalaman pelanggan yang konsisten di semua saluran cawangan," kata Ab Latiff. The European Magazine merupakan rakan kongsi berita Thomson Reuters dan mempunyai rangkaian pengedaran yang termasuk beberapa pembuat keputusan kanan di seluruh dunia. -...

Takaful IKHLAS Sasar Raih RM1B

Imej
Takaful Ikhlas Bhd (Takaful IKHLAS), anak syarikat MNRB Holding Bhd menyasar untuk meraih pendapatan sumbangan kasar takaful berjumlah RM1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifhya, Datuk Ab Latiff Abu Bakar, berkata sasaran itu adalah realistik dipacu oleh pengenalan produk lebih inovatif dan penambahan jumlah pemegang polisi. Tambah Ejen "Ketika ini, Takaful IKHLAS menawarkan kira­kira 90 produk takaful dengan sekitar dua juta pemegang polisi. "Bagi memastikan jumlah penyampaian produk dan penambahan pemegang polisi baharu, kita bercadang untuk menambah ejen takaful keluarga kepada 5,000 orang menjelang tahun depan daripada 3,000 ejen ketika ini," katanya kepada media di Kuala Lumpur, baru-­baru ini.

Produk Berinovasi

Imej
Pengenalan Rangka Kerja Insurans Hayat dan Takaful Keluarga (LIFTF) diyakini mampu mengurangkan jurang perlindungan di Malaysia selari dengan usaha kerajaan bagi mencapai kadar penembusan insurans dan takaful sebanyak 75 peratus menjelang 2020 berbanding 54 peratus pada 2013. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad (Takaful Ikhlas) Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan kepada inisiatif khusus yang ditawarkan menerusi rangka kerja berkenaan. Menurutnya, ia menggalakkan inovasi dan pasaran lebih kompetitif dibantu oleh profesionalisme dan ketelusan bertahap lebih tinggi dalam menyediakan produk atau perkhidmatan insurans dan takaful.

Takaful IKHLAS Kuasai 12% Pasaran

Imej
Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat MNRB Holdings Bhd menyasarkan pendapatan sumbangan kasar takaful berjumlah RM1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata, sasaran itu adalah realistik untuk dicapai melalui pengenalan produk lebih inovatif dan penambahan jumlah pemegang polisi. "Untuk memastikan perluasan produk dan penambahan pemegang polisi, kami berhasrat menambah bilangan ejen takaful keluar ­ ga kepada 5,000 orang menjelang tahun depan daripada 3,000 ejen ketika ini," katanya di sini. Sehingga kini, Takaful IKHLAS menawarkan kira-kira 90 produk takaful dengan sekitar dua juta pemegang polisi di seluruh negara dan memiliki 13 cawangan di bandar utama seluruh Malaysia. Beliau berkata, syarikat sudah berjaya meraih pendapatan sumbangan kasar takaful berjumlah RM826 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015 di mana ia melebihi jumlah pendapatan tahun ...

Lebihan Jadi Hibah

Imej
Sekiranya ada lebihan dalam Dana Risiko, bagaimanakah pengendali takaful menguruskan lebihan itu. Pada asasnya takaful menggunakan kontrak tabarru' iaitu yang berdasarkan konsep saling tolong menolong antara peserta. Ia berlaku dengan mudah dan tanpa paksaan di mana peserta yang menyertai pelan perlindungan takaful secara automatik bersetuju menyumbang wang ke dalam satu dana yang dinamakan Dana Risiko.

Berakal Layak Kontrak

Imej
Pelaksanaan urusan muamalat Islam sangat meni tikberatkan soal kontrak yang jelas. Kelayakan sempurna untuk mengadakan sesuatu kontrak pula tidaklah sepenuhnya bergantung kepada had umur seseorang asal sahaja menepati syarat yang telah dltetapkan pada awal perjanjian. Salah satu rukun bagi kontrak yang sah adalah wujudnya dua pihak berkontrak yang saling memberi dan menerima. Bagi mewujudkan kontrak yang sah, pihak terbabit mestilah memenuhi syarat kelayakan dan kuasa untuk melaksanakan sesuatu transaksi. Kelayakan bagi syarat asas untuk seseorang itu boleh membuat kontrak sama ada dewasa, kanakkanak mahupun bagi bayi yang baru lahir. Bagi yang berkelayakan melaksanakan sesuatu kontrak asasnya adalah seorang yang berakal dan mumayyiz, yang berakal, baligh dan cerdik.

Tanggung Bersama

Imej
Bagaimanakah cara untuk menangani sebarang risiko yang tidak boleh dielakkan seperti kejadian banjir yang sering kali berlaku dan adakah terdapat beberapa kaedah dalam menangani risiko itu? Banjir di negeri Pantai Timur dan Utara adalah fenomena yang berlaku setiap tahun dan risikonya sudah diketahui setiap kali musibah itu berlaku. Selain kerosakan harta benda, mereka yang tinggal di kawasan banjir juga berdepan risiko berlaku kecurian di rumah yang ditinggalkan kerana penduduk setempat terpaksa berpindah ke tempat lebih selamat.

Kesedaran Pada Takaful Diri, Keluarga Amat Penting

Imej
Rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu seharusnya mempunyai kesedaran untuk mengutamakan perbelanjaan bagi takaful diri dan keluarga melebihi perkara-­perkara lain yang kurang penting. Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Ab. Latiff Abu Bakar berkata, berdasarkan statistik, kadar penembusan takaful di Malaysia masih lagi di tahap rendah dengan hanya 14 peratus direkodkan bagi seluruh negara untuk tahun lepas. Katanya, jika di lihat di negara­-negara maju, perbelanjaan bagi insurans hayat dan keluarga menjadi satu perkara yang penting bagi perbelanjaan bulanan seseorang individu.

Takaful IKHLAS Pecat Khidmat Ejen Tipu Pelanggan

Imej
Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) tidak akan berkompromi dengan mana-mana ejennya yang mempunyai masalah disiplin ketika menjual produk insurans syarikat. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Latiff Abu Bakar, berkata pihaknya akan terus menamatkan perkhidmatan ejen jika mereka didapati melanggar undang-undang yang ditetapkan syarikat. Ubah persepsi negatif "Ini berikutan masyarakat mempunyai satu persepsi negatif terhadap produk insurans. Adalah menjadi tanggungjawab kita mengubah persepsi masyarakat. Insurans bukanlah produk yang menipu pelanggan. "Kita memantau dengan teliti setiap ejen bagi memastikan mereka memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan," katanya pada sidang media ketika membuat lawatan ke Balai Berita Bangsar, di sini, semalam.

Mengapa Anda Perlu Memillih Takaful IKHLAS?

Takaful IKHLAS Mengapa anda perlu memillih Takaful IKHLAS sebagai teras perlindungan anda sekeluarga? Ketahui lebih lanjut tentang Takaful IKHLAS dan saksikan bagaimana Takaful IKHLAS dapat membantu anda dalam memberikan perkhidmatan perlindungan kepada anda sekeluarga! Posted by Takaful Ikhlas Berhad on Wednesday, November 25, 2015

Bencana Kewangan Akibat Kanser

Imej
Dahulu, mereka yang disahkan menghidap kanser ibarat berdepan hukuman maut kerana peluang untuk penyakit terbabit sembuh sangat tipis dan ada yang tidak mampu diubati. Namun, kemajuan teknologi dalam bidang perubatan mengubah tanggapan negatif itu dan semakin ramai pesakit kanser dapat dipulihkan, malah kadar peluang untuk mereka terus hidup masih tinggi. Kini, kanser bukan lagi penyakit yang menakutkan sebaliknya kos bagi membiayai rawatan penyakit terbabit yang menghantui hidup pesakit kanser. Ini kerana, tanggungan kewangan untuk rawatan kanser turut meningkat dan semakin membebankan terutama kepada pesakit berpendapatan rendah dan apabila tahap kanser sudah lanjut ke peringkat akhir.

Takaful Ikhlas Berhad Dinobatkan Pengendali Takaful Terbaik Di GIFA 2015

Imej
Takaful Ikhlas Berhad, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) menerima pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi Anugerah Pengendali Takaful Terbaik sempena Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA) 2015 yang berlangsung di Manama, Bahrain baru-baru ini. GIFA yang dianjurkan buat kali kelima sejak 2011 oleh EdBiz Consulting dengan kerjasama strategik National Bank of Kazakhstan itu meraikan pencapaian individu, institusi dan kerajaan dalam mempromosi dan menyokong perbankan dan kewangan Islam, menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini. Pada majlis tersebut, sebanyak lebih 30 individu dan institusi daripada pelbagai negara menerima anugerah-anugerah yang dipertandingkan.

Manfaat Takaful Dihibahkan Berbanding Faraid

Imej
Peserta takaful boleh menarik nafas lega apabila Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara mengeluarkan satu resolusi bahawa takaful boleh dihibahkan. Ini bermaksud sebarang faedah kematian boleh diberi terus kepada penama tanpa perlu difaraidkan. Keputusan MPS pada 5 November 2014 berasaskan pertimbangan memandangkan peserta memilih untuk membahagikan manfaat takaful kepada penama secara hibah ketika hidup (peserta), adalah adil dan munasabah jika setiap penama mendapat bahagian sama rata bukan peratusan bahagian masing-masing. Kaedah itu boleh mengelakkan timbulnya persengketaan sesama penama jika satu pihak mendapat bahagian yang lebih berbanding pihak lain.

Rancang Kewangan dan Risiko Masa Depan Melalui Takaful

Imej
SENARIO dan keadaan dunia hari ini yang tidak menentu memerlukan kita lebih peka dengan soal perancangan dan pengurusan risiko. Kemalangan yang membabitkan kematian atau kecederaan serta masalah kewangan merupakan antara cabaran terbesar yang perlu ditempuh oleh setiap individu ketika ini. Walaupun begitu, ramai dalam kalangan Melayu Islam yang masih memandang ringan terhadap perkara ini tanpa melakukan sebarang tindakan atau perancangan bagi menghadapi setiap cabaran masa depan. Kurangnya pendedahan mungkin menjadi salah satu faktor yang membawa kepada sikap acuh tak acuh dalam merancang dan menguruskan risiko yang bakal dihadapi.

Takaful Ikhlas Sasar Sumbangan Kasar RM1B Bagi Tahun 2016

Imej
Takaful Ikhlas Bhd, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd, optimis dapat mengumpul sumbangan kasar RM1 bilion pada 2016 menerusi pengenalan produk baharunya, kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Ab Latiff Abu Bakar. Beliau berkata, produk itu menangani keperluan bagi skim perlindungan berbanding simpanan. "Takaful bukan satu kemahuan tapi keperluan. Cuma soalnya ialah kemampuan memiliki. "Produk baharu ini, Secure Link, bermula dengan pakej minimum RM80 sebulan ke atas (tanpa maksimum)," katanya selepas menyampaikan sumbangan bersempena Ramadan kepada 50 anak yatim, di sini.