Malaysia Memerlukan Ramai Tenaga Pakar Dalam Industri Kewangan Islam
INDUSTRI kewangan Islam sejak lebih sedekad lalu merupakan salah satu sektor yang paling pesat berkembang dalam sistem kewangan global. Sektor yang dimulakan dengan AS$150 bilion (RM558 bilion) pada pertengahan 1990-an ini telah berkembang secara berperingkat dan konsisten. Pertumbuhan yang kukuh tersebut terbukti dengan jumlah aset di dalam industri perbankan Islam yang berkembang secara purata 16.4 peratus setahun daripada RM303.2 bilion pada akhir 2009 kepada RM558.2 bilion pada akhir 2013. Selari dengan kepesatan penyelidikan dan perkembangan industri kewangan Islam global adalah mustahak bagi institusi-institusi kewangan khususnya bank pusat untuk mengambil kira aspek modal insan dan daya kerja sumber manusia yang bukan sahaja mencukupi malah mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk memacu pembangunan dan inovasi di dalam industri ini.