Rancang Pelaburan Untuk Persaraan
SETIAP manusia mendambakan ketenangan dalam menjalani kehidupan. Tanpanya, banyak tindakan tidak dapat dilakukan dengan baik. Manusia juga akan gelisah kalau jiwa tidak tenang. Keadaan tidak tenang memungkinkan tingkah laku luar biasa sehingga sanggup melakukan perkara yang memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Kes-kes bunuh diri dan membunuh orang antara kesan negatif apabila seseorang itu tidak memiliki jiwa dan hati yang tenang.
Antara punca utamanya tidak lain tidak bukan permasalahan kewangan. Ramai yang mengambil mudah soal mengurus kewangan. Dalam keadaan kos sara hidup tinggi, ada rakyat Malaysia yang sanggup meminjam wang daripada ah long. Tidak kurang juga yang sengaja membuat pinjaman bank hanya kerana untuk bergaya dan berlagak mewah. Nampak kaya walhal hutang keliling pinggang.
Jadi, tidak hairanlah ada yang muflis tatkala umur masih muda kerana tidak mampu membayar balik hutang.
Bagaimana golongan muda ini mahu menongkah cabaran mendatang dalam keadaan muflis? Selagi kudrat masih kuat dan minda masih cergas, usahlah mengambil tindakan salah dengan membuat pinjaman yang tidak produktif. Pinjaman sebegini boleh menyebabkan diri sendiri dibelenggu hutang-piutang dan akhirnya membawa mudarat. Sepatutnya tatkala muda belia ini, fikirkan masa tua terutamanya selepas persaraan.
Apabila bercakap mengenai persaraan, tidak lengkap kalau tidak membicarakan mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Baru-baru ini, KWSP mengumumkan dividen 6.35 peratus bagi tahun 2013 - dividen tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Nampaknya, pelaburan KWSP yang menguntungkan telah dipulangkan kembali kepada ahli-ahlinya.
Peranan KWSP cukup penting dalam memastikan ahli-ahlinya memperoleh pulangan terbaik dalam bentuk dividen tahunan. Simpanan para pekerja dalam KWSP adalah hari tua. Jadi, sebarang kesilapan dalam pelaburan boleh mendatangkan kerugian kepada para pekerja selaku pencarum.
Sebagai pelabur institusi, KWSP mempunyai dana yang cukup besar sekali. Dana ini perlu ditadbir urus dengan baik. Keputusan pelaburan perlu tepat. Setiap pelaburan juga perlu dipantau dengan baik. KWSP perlu meluaskan pelaburan bukan setakat di dalam negara bahkan luar negara.
Pada masa sama, risiko setiap pelaburan juga perlu diurus dengan baik. Bukan setakat KWSP, pelabur institusi lain seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Lembaga Tabung Haji juga diamanahkan oleh pendeposit agar membawa keuntungan kepada mereka melalui pelaburan. Pulangan yang dikembalikan kepada pendeposit perlu mengambil kira inflasi supaya pendeposit mempunyai wang yang mencukupi di hari tua.
Seperkara yang cukup penting, pelabur institusi perlu mempunyai rekod baik terutama dari segi tadbir urus agar dapat dicontohi oleh syarikat-syarikat, usahawan dan ahli-ahli korporat. Di sini, peranan ahli lembaga pengarah (BOD) dan pengurusan tertinggi pelabur institusi perlu diperkasakan. Tidak boleh tidak pemikiran tajam dan keputusan tepat dalam menganalisis senario semasa perniagaan dan pelaburan amat genting sekali dalam mengupayakan pelabur institusi. Perniagaan dan pelaburan ketika ini jauh berbeza berbanding dahulu. Silap perhitungan, kerugian besar yang tidak diduga boleh membawa malapetaka kepada pelabur institusi dan kesannya pasti dirasai oleh pendeposit.
Harapan dan jangkaan pendeposit terhadap pelabur institusi sejak akhir-akhir ini semakin tinggi berbanding dahulu. Ini kerana masyarakat kita semakin kompleks dan berpendidikan tinggi. Maka, mereka menuntut agar pelabur institusi membuat keputusan pelaburan terbaik demi keuntungan jangka panjang untuk mereka.
Hakikatnya, berbanding negara-negara lain, rakyat Malaysia antara yang paling gemar merancang untuk bersara awal. Bersara awal bermaksud pencen daripada bekerja. Mungkin kerana Malaysia antara negara terbaik di dunia bagi pesara, maka, rakyat Malaysia lebih suka bersara awal.
Bersara awal bermakna, lebih banyak masa dihabiskan tanpa memerah keringat untuk mendapatkan wang. Walaupun ada kebaikan dan keburukan namun pokoknya, adakah dalam tempoh persaraan itu, rakyat Malaysia mampu menampung kehidupan mereka? Ini paling penting untuk dijawab supaya tidak muncul pula masalah ramai pesara tidak mampu menempuh persaraan gara-gara tidak cukup wang untuk menampung kehidupan mereka.
Niat asal untuk berehat dengan tenang bersama-sama keluarga, entah ke mana. Menjangkakan wang cukup untuk hari tua juga boleh memakan diri kerana perbelanjaan semakin mahal, begitu juga kos perubatan.
Jadi, selain melabur dalam bentuk kewangan pada usia muda, menjaga kesihatan dengan baik melalui amalan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat seperti bersenam boleh membantu mengurangkan perbelanjaan pada usia tua.
Malangnya, ramai di antara kita memilih cara yang memudaratkan kesihatan seperti merokok dan kesannya mula ketara pada usia persaraan. Justeru, bagi yang masih muda, rancang dan uruslah `pelaburan anda sama ada kewangan atau kesihatan agar hidup dijamin tenang ketika meniti usia bersara.
PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan (SOA) dan Felo Penyelidik Institut
Keusahawanan dan Koperasi (CEDI)
Universiti Utara Malaysia (UUM).