Kualiti Perkhidmatan Kesihatan
Kerajaan dicadangkan supaya memberi penekanan terhadap aspek kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini termasuk kemampuan rakyat mendapatkan perkhidmatan itu memandangkan kos perubatan semakin meningkat setiap tahun. Kos perubatan dan perkhidmatan kesihatan di rantau Asia meningkat antara enam hingga lapan peratus setiap tahun. Sekiranya pesakit yang menghadapi komplikasi, perlu berjumpa dengan pakar sehingga perlu mengeluarkan kos yang lebih tinggi, tambahan pula kita kena tunggu giliran yang lama di hospital kerajaan.