Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Info Sihat

Pesakit Kanser Di Malaysia - Lebih 50% Mengalami Bencana Kewangan

Imej
Satu kajian menunjukkan bahawa kira-kira 51 peratus daripada pesakit kanser Malaysia akan ditolak ke dalam ‘masalah kewangan’ setahun selepas diagnosis. Kira-kira 45 peratus daripada pesakit kanser di Malaysia mengalami “bencana kewangan” – di mana kos perubatan melebihi 30 peratus daripada pendapatan isi rumah – 12 bulan selepas mereka didiagnosis, satu kajian baru-baru ini menunjukkan. Menurut Kos Asean dalam Onkologi kajian (Tindakan) oleh George Institute yang berpangkalan di Sydney untuk Kesihatan Global, 44 peratus daripada responden akan terus hidup kanser tanpa malapetaka kewangan, manakala 11 peratus meninggal dunia. 39% Tidak Dapat Membayar Untuk Ubat 19% Terpaksa Menghentikan Rawatan 22% Tidak Dapat Membayar Sewa Atau Gadai Janji 35% Tidak Dapat Membayar Yuran Perundingan Perubatan Atau Ujian 49% Daripada Pesakit Kanser Telah Menggunakan Wang Simpanan Peribadi Mereka

70 Peratus Kematian Di Hospital Kerajaan Berpunca Daripada Penyakit Tidak Berjangkit

Imej
Kira-kira 70 peratus kematian yang berlaku di hospital kerajaan pada setiap tahun adalah berpunca daripada penyakit tidak berjangkit (NCD), menurut kajian. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata penyakit itu termasuk kencing manis atau diabetes, kanser dan tekanan darah tinggi. "Kes-kes ini terlalu banyak dan kementerian mahu setiap individu memainkan peranan penting dan berusaha menjaga kesihatan masing-masing. Ia bukan hanya melibatkan kerajaan ataupun syarikat swasta sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran rasmi buku panduan masakan sihat Kinohimitsu Superfood Cookbook di Auditorium Institut Jantung Negara (IJN), di sini hari ini.

Minuman 3 Dalam 1 Boleh Sumbatkan Arteri Darah

Imej
BUAT orang ramai, produk minuman berasaskan 3 in 1 adalah memudahkan, lebih-lebih lagi ia seakan produk yang wajib ada buat setiap pejabat. Dengan lambakan pelbagai jenis pilihan, membuatkan pengguna rambang mata nak memilih yang mana satu menepati citarasa. Namun, apakah benar informasi yang dinyatakan di setiap bungkusan produk 3 in 1 ini benar-benar menggunakan sukatan yang betul? Atau adakah sesetengah produk 3 in 1 yang menggunakan ginseng dikatakan berupaya memberikan tenaga ekstra seperti yang didakwa?

Bencana Kewangan Akibat Kanser

Imej
Dahulu, mereka yang disahkan menghidap kanser ibarat berdepan hukuman maut kerana peluang untuk penyakit terbabit sembuh sangat tipis dan ada yang tidak mampu diubati. Namun, kemajuan teknologi dalam bidang perubatan mengubah tanggapan negatif itu dan semakin ramai pesakit kanser dapat dipulihkan, malah kadar peluang untuk mereka terus hidup masih tinggi. Kini, kanser bukan lagi penyakit yang menakutkan sebaliknya kos bagi membiayai rawatan penyakit terbabit yang menghantui hidup pesakit kanser. Ini kerana, tanggungan kewangan untuk rawatan kanser turut meningkat dan semakin membebankan terutama kepada pesakit berpendapatan rendah dan apabila tahap kanser sudah lanjut ke peringkat akhir.

Kanser Buah Pinggang : Lelaki Lebih Berisiko

Imej
Peluang kita untuk mendapat kanser buah pinggang dalam seumur hidup adalah 1.6 peratus dan peratusan untuk mendapat kanser ini berbanding kanser lain adalah tiga peratus. Walaupun bilangan peratusan itu terlalu kecil, tetapi jika diserang kanser ini anda terpaksa memberikan 100 peratus daripada segala apa yang ada untuk mendapatkan kembali buah pinggang yang sihat dan normal. Ini kerana, kanser buah pinggang akan menjejaskan kesihatan penghidapnya seperti ditonjolkan gejala penyakit ini iaitu kelesuan, kencing berdarah, kesakitan di bahagian pinggang, hilang selera makan, berat badan susut dan bonjolan pada buah pinggang.

Cabaran Malaysia Menangani Masyarakat Menua

Imej
Peningkatan bilangan warga tua yang tidak diimbangi dengan bilangan penduduk muda dan dewasa mencetuskan pelbagai cabaran bagi persekitaran ekonomi dan sosial sesebuah negara. Antaranya peningkatan kadar penuaan dalam kalangan penduduk boleh memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Di Barat, misalnya, selain kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi, peningkatan bilangan warga tua juga dilihat sebagai satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kos perbelanjaan awam.

Kanser Payudara: Mamogram Kunci Penyembuhan

Imej
KANSER payudara adalah kanser pembunuh nombor satu wanita di Malaysia. Oleh itu wanita dinasihati agar melakukan pemeriksaan yang dikenali sebagai ujian mamogram bagi mengesan tanda awal kanser payudara. Ia cara terbaik mengesan kanser payudara sebelum dikesan pemeriksaan klinikal atau sendiri. Usah takut dan malu. Mamogram dapat mengesan tumbuhan kecil dalam payudara atau sel-sel yang mana jika dibiarkan akan menjadi barah selama enam bulan sehingga beberapa tahun akan datang. Peringkat umur yang digalakkan pemeriksaan adalah mereka yang berusia 35 tahun dan ke atas. Bagi wanita yang Mempunyai sejarah keluarga mendapat kanser payudara pada usia kurang dari 40 tahun perlu lebih peka dalam menjalankan ujian ini.

Kualiti Perkhidmatan Kesihatan

Imej
Kerajaan dicadangkan supaya memberi penekanan terhadap aspek kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini termasuk kemampuan rakyat mendapatkan perkhidmatan itu memandangkan kos perubatan semakin meningkat setiap tahun. Kos perubatan dan perkhidmatan kesihatan di rantau Asia meningkat antara enam hingga lapan peratus setiap tahun. Sekiranya pesakit yang menghadapi komplikasi, perlu berjumpa dengan pakar sehingga perlu mengeluarkan kos yang lebih tinggi, tambahan pula kita kena tunggu giliran yang lama di hospital kerajaan.

Antara Punca Penyakit Wanita 40 Tahun Ke Atas Meninggal Dunia

Imej
Penyakit barah payudara, barah pangkal rahim, penyakit jantung dan diabetes merupakan antara penyakit yang menjadi punca wanita berusia 40 tahun ke atas meninggal dunia di negara ini. Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Tropicana Dr J. Thaneemalai berkata ini berikutan kebanyakan wanita kurang kesedaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan lebih awal selain menjalani gaya hidup yang tidak sihat.

99% Perubatan Swasta Gagal Kesan Simptom Denggi Pada Sesi Pertama Perjumpaan

Imej
Kementerian Kesihatan mendapati 99 peratus sesi pertama perjumpaan pesakit bersama dengan pengamal perubatan di klinik dan hospital swasta gagal mengesan simptom denggi. Menteri berkenaan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana laporan kes denggi terus meningkat dan diagnosis awal yang berkesan perlu dilakukan supaya tindakan segera dapat diambil. Berikutan itu, Kementerian Kesihatan mengesyorkan klinik dan hospital swasta supaya memperkukuh kaedah mendiagnosis pesakit dengan menggunakan ujian 'Combo Rapid Test Kit'.

Kanser Payudara: 60 Peratus Di Peringkat Kritikal

Post by Ikhlas2u .

Payudara Padat Risiko Kanser

Post by Ikhlas2u .

Hati-hati Serangan 'Strok Haba'

Imej
Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius. "Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. "Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.

Bantu Anak Realisasi Cita-cita

Imej
Anak sangat bersih dan mudah dibentuk keperibadiannya. Mereka ibarat kain putih bersih yang menanti untuk dicorakkan dan pembentukan mereka sangat dipengaruhi oleh tangan-tangan yang mewarnai serta melakari kehidupan mereka. Begitu mudahnya pengaruh sekeliling dan betapa kuatnya pengaruh ibu bapa membentuk kehidupan insan. Ibarat rebung yang lembut, ketulenan jiwa dan ketelusan pemikiran anak juga mudah dirangsang serta dibina. Sesuai dengan sabda Nabi Muhammad SAW: “Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” Fitrah yang dimaksudkan adalah faktor nilai hidupnya yang bersih dan sesuai menurut peraturan Islam diiringi potensi bermakna. Begitulah pentingnya peluang terhad ini (usia kanak-kanak), perlu direbut ibu bapa dalam membantu anak merealisasikan cita-cita mereka.

Spina Bifina - Sakit Sukar Dikesan, Derita Sepanjang Hayat

Imej
Spina bifina adalah kecacatan tiub neural tulang belakang yang tidak tutup sempurna ketika bulan pertama mengandung dan ada juga menggelarnya sebagai sumbing tulang belakang. Saraf tunjang dan saraf lain turut tidak berkembang dengan sempurna mengikut tahap tulang vertebra yang berkaitan. Spina bifida jenis ini adalah benjolan berupa sista atau pundi yang diselaputi kulit atau selaput dan boleh dilihat di tulang belakang sepanjang alur badan. Sista ini mengandungi tisu dan saraf.