Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ikhlas Premier Investment - Linked Takaful Plus

Hibahkan RM500,000.00 hingga RM750,00.00 Untuk Isteri dan Anak-anak

Imej
Kenapa Keluaga ANDA perlukan jumlah sebanyak itu? ● Jika Allah SWT "bersarakan" ANDA (suami) di muka bumi ini, Isteri dan anak-anak sangat perlu duit tersebut untuk menyelesaikan hutang-hutang anda seperti Kad Kredit, Ansuran Rumah dan Kereta, Pinjaman Peribadi, Hutang dengan manusia dan sebagainya. ● Isteri anda perlukan jumlah tersebut untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil. Jangan biarkan isteri dan anak-anak anda menangis dan merayu untuk isi borang di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Institusi Zakat untuk mohon bantuan. ● Anak-anak anda perlukan duit tersebut untuk perbelanjaan harian sekolah, pengajian di IPTA dan perbelanjaan pendidikan yang lain. ● Isteri anda perlukan jumlah tersebut untuk modal berniaga dan mengambil alih tugas anda sebagai Pencari Nafkah kepada keluarga yang ditinggalkan.

IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful Plus - Contoh Cadangan Pelan

Imej
Bagi anda yang mengisi Borang Cadangan Pelan Takaful daripada Takaful IKHLAS secara atas talian, anda akan menerima beberapa Cadangan Pelan bagi setiap Individu. Anda juga akan menerima Panduan bagi memudahkan anda untuk memahami Cadangan Pelan yang diberikan melalui email. Contoh adalah seperti dibawah; 

Adakah Anda Boleh Hidup Selesa Selepas Persaraan?

Imej
68 peratus ahli KWSP berusia 54 tahun mempunyai kurang RM 50,000 sehingga September lalu? Adakah anda telah bersedia untuk bersara? Mengapa perlu gandakan simpanan Akaun 1 KWSP (EPF)? Adakah simpanan KWSP (EPF) mencukupi semasa anda bersara nanti? Contoh; Anda seorang pekerja firma Swasta merancang untuk bersara pada usia 55 tahun. Anda hanya bergantung kepada wang simpanan KWSP (EPF) sahaja apabila tiba masa bersara nanti? (Andaikan tiada langsung hutang setelah anda bersara)

Pelaburan Pendidikan Anak Serendah RM80 Sebulan

Imej
Pendidikan adalah hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak. Akan tetapi, perlu diingat, pada masa kini, pendidikan yang baik dan sempurna memerlukan komitmen bukan sahaja dari segi masa dan tenaga, malah wang ringgit. Tahun demi tahun, masalah pelajar tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebab oleh masalah kewangan semakin ramai. Bukan masalah pelajar tidak pandai. Tapi disebabkan oleh MASALAH KEWANGAN. Bagaimana ini boleh berlaku? Mari kita fikirkan.

Kos Perubatan Masalah Terbesar Rakyat Malaysia Lepas Bersara

Imej
Lebih separuh daripada rakyat Malaysia bimbang mengenai pelaburan kesihatan mereka selepas bersara apabila Putrajaya pada hujung tahun lalu mengumumkan kos perubatan swasta akan dinaikkan. Kajian daripada kumpulan khidmat kewangan antarabangsa, Indeks Manulife Investor Sentiment mendapati 56% rakyat Malaysia bimbang tentang kenaikan harga ubat dan kesannya kepada wang simpanan mereka. Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Manulife Holdings Bhd, Mark O'Dell, berkata perkara paling utama yang dibimbangkan selepas bersara adalah kos perubatan berbanding isu kesihatan yang semakin merosot pada usia tua.  "Ramai responden menunjukkan kos perubatan semasa tempoh persaraan menjadi kerisauan selepas perbelanjaan isi rumah. "Mereka lebih bimbang jika tidak mampu menampung kos perubatan mereka daripada memikirkan tentang kesihatan yang akan semakin merosot," kata O'Dell dalam satu kenyataan. Perkara ini berbeza dengan masyarakat negara lain di Asia yang menunjuk...

Antara 'Selesa' dan 'Miskin', Pilihan Bersara

Imej
POLEMIK sukarnya kehidupan selepas bersara, antaranya dikaitkan dengan kegagalan individu mengklasifikasikan akan kepentingan keperluan dan kehendak.   Akibatnya, mereka tidak menyedari kepentingan dana persaraan awal sepertimana yang dikupaskan dalam rencana siri akhir ini.   Soal mampu atau tidak, diletakkan ke tepi dan bukan menjadi perkara keutamaan. Yang penting, semuanya mesti mengikut perkembangan fesyen semasa.   Jenama terkenal melengkapi penampilan diri, daripada hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki kerana kalau tidak, ia boleh dikatakan menjejaskan reputasi individu itu.   Kepelbagaian gajet terkini pula menjadi pendamping setia, kereta idaman ramai ataupun buatan luar negara menjadi pilihan, biarpun terpaksa mengikat perut kerana perlu membayar pelbagai ansuran pinjaman.

Bantu Anak Realisasi Cita-cita

Imej
Anak sangat bersih dan mudah dibentuk keperibadiannya. Mereka ibarat kain putih bersih yang menanti untuk dicorakkan dan pembentukan mereka sangat dipengaruhi oleh tangan-tangan yang mewarnai serta melakari kehidupan mereka. Begitu mudahnya pengaruh sekeliling dan betapa kuatnya pengaruh ibu bapa membentuk kehidupan insan. Ibarat rebung yang lembut, ketulenan jiwa dan ketelusan pemikiran anak juga mudah dirangsang serta dibina. Sesuai dengan sabda Nabi Muhammad SAW: “Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” Fitrah yang dimaksudkan adalah faktor nilai hidupnya yang bersih dan sesuai menurut peraturan Islam diiringi potensi bermakna. Begitulah pentingnya peluang terhad ini (usia kanak-kanak), perlu direbut ibu bapa dalam membantu anak merealisasikan cita-cita mereka.

ILT-Premier Plus - Perlindungan

Imej
Simpanan + Perlindungan + Pelaburan = Terbaik Untuk Anda; - Anda akan memperolehi semula Simpanan + Keuntungan - Pengeluaran simpanan bila-bila masa, sebelum sijil mencapai tempoh matang - Minima pengeluaran RM500 dan baki minimum Unit Dana RM3,000. - Pengeluaran simpanan tidak akan mengurangkan Jumlah Perlindungan Adakah pelan yang anda miliki sekarang memberikan Kadar Perlindungan Tambahan secara PERCUMA? Dapatkan cadangan pelan secara PERCUMA : http://ikhlas2u-takaful.blogspot.com/p/blog-page.html   Info Terkini di : www.87.my/Takaful-Ikhlas 'LIKE' dan 'SHARE' page www.facebook.com/ikhlas2u untuk update dari kami. #Ikhlas2u #TakafulIkhlas #ChoicePlus

IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful Plus

Imej
IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful Plus adalah pelan berkaitan pelaburan di mana caruman adalah berkala yang menawarkan dua dalam satu manfaat; iaitu perlindungan takaful komprehensif terhadap kejadian tidak dijangka dan potensi pertumbuhan pelaburan jangka panjang pada masa yang sama. Ianya adalah pelan ideal yang memberi perlindungan kekayaan dan memenuhi keperluan mengumpul kekayaan pada masa yang sama.