Ke Mana Hilangnya Duit Kita?
PARA ilmuwan Islam ada pelbagai definisi untuk keberkatan. Keberkatan berasal daripada kalimah arab `barakah’ yang membawa maksud berkembang dan bertambah. Keberkatan penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Cara kita mengemudi sesebuah kehidupan dengan usaha yang diredhai oleh Allah akan meraih keberkatanNya. Keberkatan bukan hanya ada pada harta dan wang ringgit, bukan juga pada jawatan dan pangkat, bukan juga pada harta semata-mata. Boleh jadi, apabila kita membuat sesuatu perbuatan yang menjemput keberkatan, ia dibalas oleh Allah kepada kita dengan berbagai cara dan bentuk - mungkin anak yang mudah dididik, suasana kerja yang harmoni dan harta yang tidak banyak tetapi mencukupi untuk perbelanjaan. Walau bagaimanapun, sebagai contoh, jika kenderaan anda selalu rosak atau anak-anak anda berkelakuan degil, tidak bermakna yang hidup anda tidak berkat. Barangkali tuhan mahu menguji kita supaya bermuhasabah diri dan untuk berasa lebih dekat dengan-Nya. Begitu juga dengan cara...