Garis Panduan Penyakit Tekanan Darah Tinggi
Untuk memastikan semua penyedia perkhidmatan kesihatan, sama ada dalam industri perkhidmatan rawatan primer (seperti Klinik Kesihatan), perkhidmatan rawatan tertier (seperti hospital besar) atau klinik swasta dapat mengikuti perkembangan dan pendekatan berdasarkan bukti daripada kajian yang terkini dalam penjagaan pesakit, garis panduan amalan klinikal atau dalam Bahasa Inggerisnya, ‘clinical practice guidelines’ (CPG) disediakan sebagai rujukan. CPG ini digubal dan dikemaskini oleh panel doktor pakar yang ternama dalam bidang masing-masing agar boleh dimanfaatkan oleh semua pengamal perubatan. Ini adalah supaya para pesakit mendapat penjagaan dan rawatan yang terbaik. Walaupun masyarakat umum tidak perlu tahu isi kandungannya secara terperinci, pengetahuan mengenai pesanan penting yang disampaikan dalam garis panduan ini dapat membantu dalam penjagaan kesihatan.
Sedia untuk belajar mengenai isu asas berkenaan penyakit tekanan darah tinggi? Teruskan membaca!
Penyakit tekanan darah tinggi, atau hipertensi, didefinisikan sebagai tekanan darah sistolik pada paras 140mmHg atau lebih dan/atau tekanan darah diastolik pada paras 90 mmHg atau lebih secara berterusan.
Pernahkah anda perhatikan tekanan darah anda yang dicatit dalam buku rekod atau diberitahu kepada anda mempunyai dua nombor berbeza? Satu nombor ditulis di atas yang satu lagi (eg. 120/80 mmHg)? Kedua-dua nombor adalah sama penting. Nombor yang di atas adalah tekanan darah sistolik iaitu tekanan dalam arteri (pembuluh darah) ketika jantung mengepam darah melaluinya. Tekanan darah diastolik (nombor yang di bawah) pula merupakan tekanan dalam arteri ketika jantung berehat antara setiap degupan. Penyakit tekanan darah tinggi akan didiagnos apabila anda mempunyai tekanan darah 140/90 mmHg atau lebih secara berterusan.
Kadar prevalens penyakit tekanan darah tinggi di Malaysia adalah 32.7% dalam kalangan masyarakat berumur 18 dan ke atas dan 43.5% dalam kalangan masyarakat berumur 30 dan ke atas pada tahun 2011.
Pendapat popular yang penyakit tekanan darah tinggi hanyalah penyakit orang tua adalah salah. Tinjauan Kesihatan & Morbiti yang dijalankan pada tahun 2011 mendapati 32.7% rakyat Malaysia yang berumur 18 dan ke atas menghidap penyakit tekanan darah tinggi. Peratus penyakit tekanan darah tinggi dalam kumpulan berumur 30 dan ke atas pula adalah 43.5%. Daripada hasil tinjauan ini, kita dapat simpulkan yang hampir SEPARUH daripada rakyat yang berumur 30 tahun ke atas dan hampir SATU PERTIGA rakyat yang berumur atas 18 tahun mempunyai penyakit tekanan darah tinggi.
Penyakit tekanan darah tinggi adalah penyakit senyap; majoriti kes di negara ini (61%) masih belum didiagnos. Tekanan darah tinggi harus diperiksa pada setiap peluang yang ada.
Selalunya pesakit tidak akan menghadapi sebarang simptom pada peringkat awal penyakit; lebih daripada 60% individu dalam komuniti menjalankan kehidupan seharian tanpa mengetahui yang mereka mempunyai penyakit tekanan darah tinggi. Oleh sebab inilah doktor akan sentiasa mengambil bacaan tekanan darah anda apabila anda mengunjungi klinik dan hospital, walaupun anda datang atas sebab yang tidak berkaitan. Amalan ini dapat membantu para doktor mengesan penyakit senyap ini dan rawatan dapat diberi seawal mungkin.
Penyakit tekanan darah tinggi yang tidak dirawat secara optimal menyebabkan morbiditi dan mortaliti cardiovaskular, cerebrovaskular dan renal.
Banyak kajian telah membuktikan yang penyakit tekanan darah tinggi yang tidak dikawal dengan baik menyebabkan pelbagai komplikasi. Antara komplikasi ini adalah serangan jantung, kegagalan jantung, angin ahmar atau strok, dan kegagalan buah pinggang. Kerana inilah para doktor berusaha untuk mendapatkan diagnosis awal, menggesa pesakit agar mengambil ubat-ubatan yang diberi, mengubah gaya hidup mereka dan menghadirkan diri ke temujanji susulan.
Tekanan darah sistolik pada paras 120 ke 139 dan/atau tekanan darah diastolik 80 ke 89 mmHg adalah pre-hipertensi dan rawatan mungkin diperlukan dalam golongan berisiko tinggi.
Pre-hipertensi diertikan sebagai peringkat sejurus sebelum munculnya penyakit tekanan darah tinggi. Paras tekanan darah ini adalah lebih tinggi daripada paras optimal, namun belum cukup untuk memenuhi kriteria diagnosis penyakit tekanan darah tinggi. Beberapa kajian menunjukkan yang golongan pre-hipertensi ini mempunyai risiko komplikasi yang sama dengan pesakit tekanan darah tinggi. Sebanyak satu pertiga daripada kematian yang berkaitan dengan penyakit tekanan darah tinggi terjadi dalam golongan ini. Justeru, golongan pre-hipertensi perlu mula mengambil langkah untuk mengurangkan risiko ini, termasuklah dengan mengubah gaya hidup. Bagi yang mempunyai faktor risiko lain seperti diabetes dan penyakit buah pinggang, pengambilan ubat mungkin disarankan.
Perubahan gaya hidup perlu disyorkan kepada semua individu dengan penyakit tekanan darah tinggi dan pre-hipertensi.
Kadangkala, pesakit sukar untuk memahami yang penyakit tekanan darah tinggi dan pre-hipertensi tidak boleh ditangani dengan ubat-ubatan sahaja. Para doktor menghadapi masalah meyakinkan pesakit untuk membuat perubahan ke arah gaya hidup sihat seperti mengurangkan berat badan, mengurangkan garam dalam makanan, menjauhi alkohol, bersenam dengan kerap, mengamalkan diet yang seimbang dan terapi santaian. Satu lagi pesanan penting untuk anda; perubahan ini perlulah diteruskan secara konsisten. Oleh itu, pesakit perlu berusaha keras dan sokongan daripada orang terdekat termasuklah keluarga, rakan dan juga doktor dapat memberi lebih motivasi kepada pesakit.
Keputusan dalam rawatan perubatan perlu berlandaskan risiko vaskular global dan bukan pada paras tekanan darah sahaja.
Dalam menentukan jenis ubat yang akan digunakan dalam rawatan penyakit tekanan darah tinggi, bukan hanya paras tekanan darah sahaja yang diambil kira. Faktor risiko lain seperti penyakit jantung, strok, penyakit buah pinggang juga perlu dipertimbangkan. Setiap rejimen rawatan disesuaikan dengan keadaan pesakit agar tekanan darah dapat dikawal secara efektif.
Bagi pesakit yang baru didiagnos dengan penyakit tekanan darah tinggi tanpa komplikasi, pilihan rawatan ubat monoterapi utama adalah ACEIs, ARBs, CCBs, diuretik dan beta-blockers. Beta-blockers adalah rawatan ubat yang disarankan berdasarkan bukti daripada meta-analisis terbaru.
Terdapat pelbagai ubat yang digunakan untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi. Ubat-ubatan ini dipanggil ubat anti-hipertensi. Terdapat pelbagai ubat anti-hipertensi dan setiapnya bertindak dengan mekanisme yang berbeza. Doktor anda selalunya akan memulakan rawatan dengan ubat “baris pertama” atau ubat yang lebih lazim digunakan jika tiada kontraindikasi. Jangan ragu-ragu untuk bertanya jika anda ada soalan mengenai ubat dan pengambilan ubat. Perbincangan mengenai bila dan bagaimana untuk mengambil ubat serta kesan sampingannya juga adalah amat penting. Cuba untuk menghafal nama dan dos ubat anti-hipertensi anda (buat nota catatan atau simpan dalam telefon pintar anda). Ini adalah amat berguna untuk doktor yang akan merawat anda terutamanya jika anda berjumpa dengan doktor selain doktor anda yang biasa.
Hanya 35% daripada rakyat Malaysia mencapai kawalan tekanan darah bawah paras 140/90 mmHg semasa dalam rawatan. Setiap usaha perlu ditumpukan untuk mencapai target tekanan darah. Target tekanan darah adalah spesifik bagi setiap kumpulan pesakit.
Sayangnya, majoriti pesakit tekanan darah tinggi tidak mencapai target tekanan darah. Ada kalanya, jenis ubat anti-hipertensi perlu ditukar atau pesakit tidak mengambil dos yang betul, ponteng daripada mengambil ubat dan melaraskan dos sendiri tanpa pengetahuan doktor. Ini adalah tabiat yang amat berbahaya. Penyakit tekanan darah tinggi yang tidak dikawal boleh menyebabkan akibat buruk seperti serangan jantung dan strok berdarah (pendarahan otak). Segelintir pesakit enggan melakukan perubahan gaya hidup dan lebih suka untuk mencuba perubatan alternatif dengan “ubatan” tidak berdaftar yang lebih banyak mudarat daripada mujarabnya.
Dalam menangani penyakit ini, anda perlu berganding bahu dengan doktor anda dalam mencapai tekanan darah yang dikehendaki. Pengetahuan mengenai penyakit, simptom dan gejalanya, komplikasi dan rawatan anda dapat menjadi batu loncatan ke arah itu.
Sekarang anda telah punya pengetahuan terkini mengenai penyakit darah tinggi. Sampaikanlah pengetahuan ini kepada yang lain.
Dr Hidayatul Radziah ialah seorang pensyarah pelatih dalam bidang Farmakoloji di sebuah universiti tempatan. Beliau merupakan Ketua Penyunting di Malaysian Medical Gazette (MMG). Untuk tahu lebih lanjut tentang beliau, lawat laman ‘The Team’.
Berikan Peluang yang terbaik untuk diri anda. Rancang Kewangan Anda melalui Pengendali Takaful Terbaik 2015 & 2016 dari Takaful IKHLAS Berhad.
Untuk mendapatkan Quotation berkaitan dengan Medical Card;
❤️ www.mediplan-takaful.blogspot.my
Untuk mendapatkan Quotation berkaitan dengan Pelan Perlindungan Takaful yang lain;
❤️ www.ikhlas2u-takaful.blogspot.my
Untuk Update Terkini dan Promosi Produk;
❤️ "LIKE" www.fb.com/ikhlas2u
❤️ "LIKE" www.fb.com/IkhlasMediplan
❤️ Instagram/YouTube/Twitter : ikhlas2u
❤️ Google + Channel : Takaful Ikhlas
❤️ Telegram Channel : https://telegram.me/TakafulIKHLAS
Untuk sebarang Pertanyaan;
💻 PM www.fb.com/messages/ikhlas2u
📱 018 - 468 2030 (WhatsApp/Telegram/SMS sahaja)
#TakafulIkhlas
#MedicalCard
#MediPlan
#Ikhlas2u
Untuk mendapatkan Quotation berkaitan dengan Medical Card;
❤️ www.mediplan-takaful.blogspot.my
Untuk mendapatkan Quotation berkaitan dengan Pelan Perlindungan Takaful yang lain;
❤️ www.ikhlas2u-takaful.blogspot.my
Untuk Update Terkini dan Promosi Produk;
❤️ "LIKE" www.fb.com/ikhlas2u
❤️ "LIKE" www.fb.com/IkhlasMediplan
❤️ Instagram/YouTube/Twitter : ikhlas2u
❤️ Google + Channel : Takaful Ikhlas
❤️ Telegram Channel : https://telegram.me/TakafulIKHLAS
Untuk sebarang Pertanyaan;
💻 PM www.fb.com/messages/ikhlas2u
📱 018 - 468 2030 (WhatsApp/Telegram/SMS sahaja)
#TakafulIkhlas
#MedicalCard
#MediPlan
#Ikhlas2u
Ulasan
Catat Ulasan