Produk Berinovasi

Pengenalan Rangka Kerja Insurans Hayat dan Takaful Keluarga (LIFTF) diyakini mampu mengurangkan jurang perlindungan di Malaysia selari dengan usaha kerajaan bagi mencapai kadar penembusan insurans dan takaful sebanyak 75 peratus menjelang 2020 berbanding 54 peratus pada 2013.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad (Takaful Ikhlas) Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan kepada inisiatif khusus yang ditawarkan menerusi rangka kerja berkenaan. Menurutnya, ia menggalakkan inovasi dan pasaran lebih kompetitif dibantu oleh profesionalisme dan ketelusan bertahap lebih tinggi dalam menyediakan produk atau perkhidmatan insurans dan takaful.


“Apa paling utama, rangka kerja ini akan memastikan pengguna terus menerima nasihat dan perkhidmatan sesuai daripada pengendali insurans serta takaful di negara ini,” katanya, di sini. LIFTF diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada November 2013 bertujuan menyokong pembangunan jangka panjang bagi industri terbabit melalui perubahan kepada persekitaran operasi baru. Rangka kerja ini akan mula dilaksanakan secara percubaan bermula Julai ini sebelum dijadikan dasar serta dikuatkuasakan sepenuhnya pada Julai 2018.

Beliau berkata, terdapat tiga bidang utama LIFTF iaitu operasi lebih fleksibel bagi merangsang inovasi produk, kepelbagaian saluran perniagaan bagi meluaskan capaian dan memperbaiki amalan/pengendalian pasaran bertujuan untuk mempertingkatkan perlindungan pengguna. “LIFTF akan menghentikan had kos operasi yang sebelum ini terhad disebabkan garis panduan Kawalan Kos Operasi (OCC) BNM, sekali gus membolehkan pengguna menikmati lebih banyak jenis produk perlindungan serta khidmat kewangan apabila lebih fleksibiliti diberikan kepada pengendali insurans dan takaful untuk menginovasi produk mereka,” katanya.

Pada masa sama, pengguna memiliki lebih banyak peluang memilih agensi saluran bagi mendapatkan produk insurans hayat atau takaful keluarga apabila LIFTF akan mempelbagaikan saluran pengagihan. Antara intipati kepelbagaian saluran pengagihan itu adalah saluran langsung yang diakses meluas (perolehan sijil langsung tanpa perantara), peruntukan produk bebas komisen, pembandingan produk takaful atas talian dan rangka kerja penasihat kewangan dipertingkatkan.

Sumber : HARIAN METRO

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Pelan IkhlasLink Secure Takaful

Dia