Kesedaran Pada Takaful Diri, Keluarga Amat Penting
Rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu seharusnya mempunyai kesedaran untuk
mengutamakan perbelanjaan bagi takaful diri dan keluarga melebihi
perkara-perkara lain yang kurang penting.
Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Ab. Latiff Abu Bakar berkata, berdasarkan statistik, kadar penembusan takaful di Malaysia masih lagi di tahap rendah dengan hanya 14 peratus direkodkan bagi seluruh negara untuk tahun lepas. Katanya, jika di lihat di negara-negara maju, perbelanjaan bagi insurans hayat dan keluarga menjadi satu perkara yang penting bagi perbelanjaan bulanan seseorang individu.
"Tapi situasi itu berbeza di negara kita, dapat dilihat golongan muda khususnya kurang mengambil berat dengan insurans atau takaful kerana bagi mereka perlindungan itu tidak penting, cukup sekadar adanya manfaat penjagaan kesihatan daripada majikan.
"Konsep itu salah sebenarnya, jika seseorang mempunyai perlindungan takaful, jika berlaku sebarang kecederaan, kemalangan mahu pun kematian, waris akan menerima hasil sumbangan takaful yang dibayar oleh pemegang polisi. Ini secara tidak langsung dapat meringankan beban waris nanti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Tambahnya, bagi menarik perhatian masyarakat terhadap takaful, Takaful IKHLAS menawarkan kepelbagaian dalam produk-produk yang ditawarkan khusus bagi menepati citarasa masyarakat hari ini.
Antara produk yang diperkenalkan termasuklah IKHLASlink Secure yang sehingga kini telah mengutip kirakira RM7.5 juta sumbangan sejak dilancarkan pada April lalu. "Sambutan baik yang diterima Takaful Ikhlas terhadap produk tersebut adalah kerana masyarakat kini lebih cenderung memilih perlindungan yang digabungkan dengan unsur pelaburan," katanya.
IKHLASlink Secure merupakan satu pelan takaful berkaitan pelaburan yang komprehensif yang disertakan dengan riderrider yang boleh dipilih oleh pelanggan bagi melindungi bidang kesihatan yang penting seperti penyakit kritikal, kemalangan peribadi, kemasukan ke hospital dan manfaat pembedahan.