Rancang Kewangan dan Risiko Masa Depan Melalui Takaful
SENARIO dan keadaan dunia hari ini yang tidak menentu memerlukan kita lebih peka dengan soal perancangan dan pengurusan risiko. Kemalangan yang membabitkan kematian atau kecederaan serta masalah kewangan merupakan antara cabaran terbesar yang perlu ditempuh oleh setiap individu ketika ini.
Walaupun begitu, ramai dalam kalangan Melayu Islam yang masih memandang ringan terhadap perkara ini tanpa melakukan sebarang tindakan atau perancangan bagi menghadapi setiap cabaran masa depan. Kurangnya pendedahan mungkin menjadi salah satu faktor yang membawa kepada sikap acuh tak acuh dalam merancang dan menguruskan risiko yang bakal dihadapi.
Dalam pada itu, kegagalan segelintir umat Islam memahami konsep takdir (qada dan qadar) secara menyeluruh menyebabkan mereka dengan sengaja tidak merancang risiko masa depan. Mereka hanya menyerahkan setiap perkara kepada Allah SWT semata-mata tanpa merasakan keperluan untuk berusaha bagi membentuk masa depan mereka. Pendekatan seperti ini adalah bertentangan dengan perintah Allah SWT dalam Surah Ar-Ra’ad, ayat kesebelas, di mana Allah SWT hanya akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika mereka mengubah diri mereka sendiri.
Tambahan lagi, Islam sendiri telah menerima konsep perancangan dan pengurusan risiko dengan contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW terhadap peristiwa seorang Badwi yang meninggalkan untanya tanpa berikat dan menyerahkan kepada Allah semata-mata. Baginda Rasulullah SAW telah menegur Badwi tersebut dengan menyuruhnya mengikat unta dahulu kemudian barulah berserah kepada Allah SWT. Peristiwa ini membuktikan bahawa umat Islam perlu memandang serius soal merancang dan menguruskan risiko dalam mengurangkan kerugian sekiranya sesuatu musibah atau bencana.
Berbicara mengenai risiko, kita perlu faham bahawa risiko adalah kemungkinan berlakunya sesuatu kerosakan, kecederaan atau kerugian. Walaupun sesuatu risiko itu tidak dapat di atasi secara menyeluruh, namun ianya boleh dikurangkan dengan mengambil langkah-langkah yang betul dan tepat dalam mengawal kemusnahan teruk atau kerugian lebih besar. Melihat kepada trend sekarang, kerugian dari sudut kewangan merupakan salah satu ancaman terbesar kepada masyarakat terutama bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar. Taraf hidup yang semakin tinggi sentiasa menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar mahupun laman sosial. Bukan itu sahaja, kes-kes kemalangan dan jenayah juga semakin meningkat saban hari menyebabkan kita semakin terdedah kepada risiko yang boleh mengakibatkan kewangan kita susut pada bila-bila masa. Begitu juga dengan kos rawatan yang tinggi sehinggakan ada yang terpaksa menggadai harta benda dalam usaha menyelamatkan nyawa orang tersayang.
Kesan daripada risiko-risiko tadi, masalah bebanan hutang yang ditanggung semakin bertambah dan lebih merumitkan keadaan terutamanya selepas kematian kita. Waris bukan sahaja menanggung kesedihan akibat kehilangan kita, malah kehidupan mereka semakin menderita menangani bebanan hutang yang harus dilangsaikan. Dalam hal ini, Islam tidak menggalakkan umatnya untuk meninggalkan keluarga mereka dalam keadaan susah.
Kita perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku sama ada ianya melibatkan urusan dunia ataupun akhirat. Nabi SAW telah berpesan dengan sabdanya yang bermaksud: “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat Al-Bukhari).
Pada hari ini, kita dapat melihat pengendali takaful telah membangunkan produk-produk yang komprehensif bagi melindungi risiko-risiko yang dihadapi oleh masyarakat terutamanya kematian dan kecacatan kekal. Ianya direka dengan pelbagai tujuan sama ada untuk meringankan beban kewangan keluarga, melangsaikan hutang ataupun sebagai pengganti kepada pendapatan. Dengan adanya produk-produk seperti ini, risiko pada masa depan dapat dirancang dan diuruskan sebaiknya. Kita tidak lagi perlu memikirkan siapa yang perlu melangsaikan hutang rumah dan peribadi kita atau apa nasib kita sekiranya mengalami kecacatan kekal kerana semua permasalahan ini akan diselesaikan dan ditanggung oleh dana takaful mengikut perlindungan risiko yang dipilih. Pada masa yang sama, pengendali takaful juga telah memperkenalkan produk kesihatan dikenali sebagai kad perubatan bertujuan untuk membantu kita menyelesaikan kos-kos perubatan yang ditanggung sepanjang rawatan di hospital. Dengan adanya kad perubatan ini, kita tidak perlu mengeluarkan duit poket atau gaji sendiri yang sememangnya akan menjejaskan perjalanan kehidupan kita sekiranya digunakan untuk menjelaskan kos perubatan.
Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam seharusnya menitikberatkan soal perancangan dan pengurusan risiko pada masa depan terutamanya yang membabitkan kewangan supaya kehidupan seharian menjadi lebih tenang. Jadilah orang yang bijak merancang dan membina masa depan dengan menjadikan takaful sebagai salah satu resipi perancangan dan pengurusan risiko anda.