Tanggung Bersama
Bagaimanakah cara untuk menangani sebarang risiko yang tidak
boleh dielakkan seperti kejadian banjir yang sering kali berlaku dan
adakah terdapat beberapa kaedah dalam menangani risiko itu?
Banjir di negeri Pantai Timur dan Utara adalah fenomena yang berlaku setiap tahun dan risikonya sudah diketahui setiap kali musibah itu berlaku. Selain kerosakan harta benda, mereka yang tinggal di kawasan banjir juga berdepan risiko berlaku kecurian di rumah yang ditinggalkan kerana penduduk setempat terpaksa berpindah ke tempat lebih selamat.
Hal itu memungkinkan mangsa banjir mengalami kerugian lebih tinggi kerana perlu menampung kos penambahbaikan juga kos pembersihan selepas banjir. Kejadian banjir adalah bencana alam yang tidak boleh dielakkan. Sebarang risiko yang tidak dapat dielakkan boleh ditangani dengan beberapa kaedah antaranya mengelakkan risiko.
Contohnya, pihak bertanggungjawab perlu mencari punca banjir dan berusaha menangani fenomena banjir setiap tahun. Kedua adalah kaedah mengawal risiko iaitu dengan mengenal pasti jumlah kerugian melalui kekerapan musibah banjir akan berlaku pada tahun itu. Melalui kaedah itu, seseorang dapat membuat perancangan dan persediaan bagi mengurangkan bebanan mereka.
Kaedah ketiga adalah dengan berkongsi risiko. Kaedah ini membabitkan perkongsian risiko oleh kelompok individu atau berkumpulan. Seperti diaplikasikan dalam industri takaful hari ini melalui perkongsian risiko oleh sekumpulan peserta yang saling menanggung antara satu sama lain berlandaskan akad tabarru'. Jika salah seorang daripada mereka ditimpa musibah, maka sebarang kerugian yang dialami akan ditanggung bersama oleh anggota lain.
Kaedah keempat adalah memindahkan risiko. Pemindahan risiko biasanya membabitkan kos tertentu. Kos itu perlu dibayar kepada pihak ketiga dan sebagai gantinya, pihak ketiga akan menanggung risiko kemungkinan.
Kesimpulannya, sebarang kemungkinan risiko akan berlaku yang dapat dikenal pasti membolehkan persediaan dibuat bagi menghadapi kerugian bakal ditanggung. Kerugian pastinya memberi kesan kepada diri, keluarga bahkan membawa kepada masalah kewangan. Semua pihak perlu memainkan peranan kerana sekiranya musibah itu dapat dicegah daripada awal, pastinya akan memberikan kebaikan kepada semua pihak.
Jabatan Pematuhan Syariah
Takaful Ikhlas Berhad