Takaful Ikhlas dan Kolej Dar Al-Hikmah Merealisasikan Ikatan Kerjasama Bagi Program Diploma Takaful
Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) dan Kolej Dar Al-Hikmah hari ini menjalinkan kerjasama bagi melaksanakan program Diploma Takaful kepada kakitangan dan tenaga kerja agensi Takaful IKHLAS. Memorandum persefahaman ini telah ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Takaful IKHLAS, Encik Ab. Latiff Abu Bakar dan Tuan Haji Md Fuad bin Bahari Ketua Pegawai Eksekutif, Kolej Dar Al-Hikmah.