Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Takaful Ikhlas: Lima Kaedah Pengurusan Harta Berhemah

Imej
Pengurusan dan perancangan adalah aspek terpenting dalam kehidupan. Kegagalan merancang dan mengurus adalah antara penyebab kegagalan. Lebih-lebih lagi kegagalan menguruskan harta dan kewangan dengan bijak punca seseorang itu terperangkap dalam pelbagai masalah kehidupan. Islam mengajar umatnya sentiasa mempunyai perancangan dalam menguruskan hal ehwal kehidupan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Berkata Yaakub: Hai anak-anakku, janganlah kamu masuk (ke Mesir) dari satu pintu, masuklah melalui beberapa pintu yang berasingan. Aku tidak dapat mempertahankan kamu daripada seksaan Allah sedikit pun. Segala ketetapan (hukum) itu hanya bagi Allah. Kepada-Nya aku bertawakal (menyerahkan diri) dan hendaklah semua bertawakal kepada-Nya”. (Surah Yusuf, ayat 67)