Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

'Gali Lubang Tutup Lubang' Antara Punca Muflis

Imej
Perbuatan 'gali lubang tutup lubang' atau membuat pinjaman lain untuk menyelesaikan hutang sedia ada antara penyebab utama peningkatan golongan muflis di negara ini. Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd Adnan Anan Abdullah berkata ramai individu yang merujuk agensi itu untuk mendapatkan khidmat nasihat apabila tidak mampu menyelesaikan hutang akibat perbuatan itu.    "Sebagai contoh, graduan yang baru bekerja mendapat gaji RM2,000 sebulan dan membeli kereta dengan ansuran bulanan RM500 hingga RM600, tanpa mengambil kira kos lain yang perlu ditanggung seperti minyak, penyelenggaraan dan insurans. Jadi mereka akan guna kad kredit untuk tampung kos tersebut.

Takaful Ikhlas Dapat Sambutan Bukan Islam

Imej
Sejak penubuhannya 10 tahun lalu, Takaful Ikhlas Sdn Bhd bukan sahaja mampu menarik kira-kira dua juta pemegang polisi berdaftar, malah lebih membanggakan apabila 180,000 daripada jumlah itu terdiri daripada pelanggan bukan Islam. Pengerusinya Sharkawi Alis berkata ini membuktikan produk syarikat itu berjaya menambat hati pelanggan bukan Islam yang yakin akan kualiti dan kelebihan yang tidak terdapat pada syarikat lain. "Mereka bersama kami kerana produk itu bagus. Kita ibarat jual barang dan mereka beli barang itu kerana ia sememangnya bagus. Takaful ini bukan untuk orang Islam sahaja, dan mesej yang mahu kita sampaikan ialah ia juga turut menarik minat bukan Islam.