Lebih separuh daripada rakyat Malaysia bimbang mengenai pelaburan kesihatan mereka selepas bersara apabila Putrajaya pada hujung tahun lalu mengumumkan kos perubatan swasta akan dinaikkan. Kajian daripada kumpulan khidmat kewangan antarabangsa, Indeks Manulife Investor Sentiment mendapati 56% rakyat Malaysia bimbang tentang kenaikan harga ubat dan kesannya kepada wang simpanan mereka. Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Manulife Holdings Bhd, Mark O'Dell, berkata perkara paling utama yang dibimbangkan selepas bersara adalah kos perubatan berbanding isu kesihatan yang semakin merosot pada usia tua. "Ramai responden menunjukkan kos perubatan semasa tempoh persaraan menjadi kerisauan selepas perbelanjaan isi rumah. "Mereka lebih bimbang jika tidak mampu menampung kos perubatan mereka daripada memikirkan tentang kesihatan yang akan semakin merosot," kata O'Dell dalam satu kenyataan. Perkara ini berbeza dengan masyarakat negara lain di Asia yang menunjuk