Mampu Raih Pendapatan Lumayan
Kerjaya sebagai ejen takaful berpotensi menawarkan pendapatan lumayan sehingga mencecah tujuh angka setahun. Perancang Kewangan Islam Usrah Associates, Samian Senin, berkata industri takaful pada hari ini memiliki prospek kerjaya cerah serta konsisten selagi ia dilakukan secara serius dan komited untuk tempoh jangka panjang. Katanya, berdasarkan pengalaman melatih ejen takaful baharu daripada kalangan graduan lepasan ijazah, seorang ejen mampu meraih pendapatan bulanan RM1,800 hanya dalam tempoh enam bulan, sekiranya mereka komited mengikuti sistem disediakan. “Ejen insurans atau takaful kini berbeza, ia satu kerjaya profesional dan industri takaful ini mampu menaikkan seseorang dengan lebih konsisten berbanding perniagaan yang memiliki terlalu banyak risiko atau jatuh bangunnya. “Mungkin bagi kita, untuk meraih pendapatan melebihi RM10,000 agak sukar, tapi berdasarkan pengalaman melatih ejen, ia tidak mustahil, bahkan ada dalam kalangan mereka yang sudah m