GST : Notis Perlaksanaan dan Soalan Lazim Untuk Pelanggan Takaful IKHLAS
NOTIS MENGENAI AKTA CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (CBP) 2014 Para Pelanggan Yang Dihargai, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengumumkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) yang akan berkuat kuasa mulai 1 April 2015 dengan kadar 6 peratus. Sejajar dengan ini, Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) memaklumkan bahawa CBP akan dikenakan ke atas perkara-perkara berikut: Takaful Am • Semua perlindungan Takaful Am berkuat kuasa 1 April 2015. Takaful Keluarga • CBP akan dikenakan ke atas perlindungan non-life. Yuran bagi perkhidmatan yang disediakan di bawah sijil ini dan sebarang komponen lain di bawahnya adalah dikenakan cukai Akta CBP. Perlindungan non-life merangkumi pelan kemalangan diri, pelan penyakit kritikal dan pelan perubatan dan kesihatan. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi kakitangan Pusat Panggilan kami di 03 2723 9696, emel ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my Terima kasih kerana memilih T