Pelan IkhlasLink Secure Takaful
Produk apakah ini? Ia adalah Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan (ILP) di mana Sumbangan Takaful adalah berkala yang menawarkan perlindungan sekiranya berlaku Kematian atau Keilatan Kekal dan menyeluruh (TPD) ke atas Orang Yang Dilindungi. Orang Yang Dilindungi mempunyai pilihan untuk melabur di dalam tiga (3) jenis dana iaitu Dana Growth, Dana Balanced dan Dana Fixed Income. Tiada Sumbangan Takaful tambahan yang diperlukan sekiranya Orang Yang Dilindungi memilih untuk menyertakan sebarang rider-rider pilihan ke atas Sijil Takaful asas. Hal ini kerana, caj risiko daripada riderrider tersebut akan ditolak daripada nilai unit daripada Sijil Takaful asas. Orang Yang Dilindungi boleh memilih untuk menyertakan rider-rider pilihan tersebut pada masa Sumbangan Takaful perlu dibayar yang berikut.