Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

Takaful Ikhlas Sasar Sumbangan Kasar RM1B Bagi Tahun 2016

Imej
Takaful Ikhlas Bhd, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd, optimis dapat mengumpul sumbangan kasar RM1 bilion pada 2016 menerusi pengenalan produk baharunya, kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Ab Latiff Abu Bakar. Beliau berkata, produk itu menangani keperluan bagi skim perlindungan berbanding simpanan. "Takaful bukan satu kemahuan tapi keperluan. Cuma soalnya ialah kemampuan memiliki. "Produk baharu ini, Secure Link, bermula dengan pakej minimum RM80 sebulan ke atas (tanpa maksimum)," katanya selepas menyampaikan sumbangan bersempena Ramadan kepada 50 anak yatim, di sini.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Imej
Ramadan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa. Berpuasa Ramadhan bertujuan menambahkan Taqwa. Taqwa ialah kekuatan dalaman anugerah Allah untuk manusia berhadapan dengan fitnah hidup ini dengan selamat hingga ke akhirat. Kesannya mendalam hingga ke Ramadhan akan datang. Rasulullah telah menjanjikan kita dengan sabdanya, “Solat yang lima. Jumaat hingga Jumaat, dan Ramadhan hingga Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang di antaranya apabila (dengan syarat) dijauhi dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim),