76,000 Pesakit Strok Dengan Kadar Kematian 14,000 Orang Setiap Tahun
Kira-kira 76,000 pesakit strok mendapatkan rawatan di pelbagai hospital dan institusi perubatan setiap tahun dengan anggaran kos rawatan yang ditanggung sebanyak RM316.51 juta merangkumi 45,000 kes baharu yang menerima rawatan sebagai pesakit biasa dan 31,000 pesakit luar. Anggaran kos ini adalah berdasarkan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap kos rawatan strok bagi setiap pesakit yang mendapatkan rawatan setiap tahun. Secara purata setiap pesakit biasa menerima rawatan dengan kos RM5,447.29 seorang, manakala pesakit luar dianggar memerlukan kos rawatan RM2,278.04.