90% Pelanggan Insurans Di Bawah Perlindungan Sepatutnya
Sehingga 90 peratus daripada rakyat Malaysia yang mengambil pelan Insurans adalah di bawah insurans, yang boleh menyebabkan perlindungan yang tidak mencukupi kepada ahli-ahli keluarga, kata Pengerusi Jawatankuasa Promosi Industri Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Ramzi Toubassy. “ Pada 2015, kira-kira 50 peratus (kira-kira 12.5 juta) penduduk Malaysia yang mempunyai perlindungan insurans tetapi 90 peratus daripada mereka telah diinsuranskan di bawah niali sepatutnya , yang bermaksud perlindungan insurans mereka mungkin hanya pada satu atau dua kali pendapatan tahunan mereka, “katanya. “Apabila sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka, wang yang mereka boleh habiskan pada keluarga mereka mungkin hanya akan berlangsung selama satu atau dua tahun,” Toubassy kepada Bernama.