Usaha Lahir Ejen Insurans Berkualiti
KITA sering dihampiri individu yang menggelar diri mereka ejen insurans, namun sejauh mana mereka benar-benar ejen insurans berkualiti dan mempunyai tauliah?
Adakah kita sedar bahawa ada institusi yang melatih dan menjalankan kursus bagi memastikan semua ejen insurans mampu menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dalam meyakinkan pelanggan melabur?
Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Syarifah Dayana Syed Bakri dengan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Insurance Institute (MII), Khadijah Abdullah mengenai peranan MII dalam menghasilkan ejen insurans berkualiti.
SEJAK ditubuhkan, berapa jumlah ejen insurans yang mendapat kelayakan daripada MII?
Pada 2009 (Januari hingga Disember), seramai 29,707 orang ejen mendapat kelayakan daripada MII serta lulus Peperiksaan Prakontrak Untuk Ejen Insurans (Pre-Contract Examination for Insurance Agents).
Ejen insurans hayat juga boleh menduduki peperiksaan The Certificate Examination in Investment-Linked Life Insurance (CEILI) yang mana mereka boleh menjual produk berkaitan pelaburan, selain menjual polisi insurans hayat. Tahun lalu seramai 13,270 ejen insurans hayat lulus dalam peperiksaan berkenaan.
Ejen yang lulus harus berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) bagi ejen insurans am dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) bagi ejen insurans hayat. Melalui cara ini mereka akan memperoleh lesen ejen yang diperlukan sebelum memulakan perniagaan mereka.
Kami juga diberi mandat oleh Malaysian Takaful Association (MTA) untuk menjalankan peperiksaan Takaful Basic Examination (TBE) bagi mereka yang ingin menjadi ejen takaful.
Adakah semua ejen yang menjalani kursus di MII akan mendapat kelulusan. Jika ada yang gagal, apa yang membuatkan mereka gagal?
Seperti kaedah pembelajaran di universiti mahupun pusat latihan profesional lain, setiap ejen yang menduduki peperiksaan di MII harus melepasi piawaian yang ditetapkan. Ini adalah penting kerana bidang ini, seperti juga bidang profesional lain memerlukan kefahaman yang jitu dan tinggi dalam bidang ini supaya mereka boleh menjalankan pekerjaan mereka sebaiknya. Ini adalah satu mandat bagi MII bagi meningkatkan tahap profesionalisme industri insurans Malaysia selari dengan agenda negara dalam menjadikan Malaysia pusat latihan dan pendidikan profesional terkemuka dan terbaik.
Bagi individu yang mempunyai komitmen untuk berjaya dalam bidang ini, mereka selalunya adalah calon yang berjaya dalam peperiksaan yang kami jalankan. Ada segelintir ejen atau mereka yang ingin memasuki bidang ini bukan berdasarkan minat untuk berjaya menyebabkan mereka gagal dalam peperiksaan dan kursus yang dijalankan. Komitmen yang tinggi adalah penting kerana bidang insurans ini sangat mencabar dan memerlukan mereka memahami keperluan pelanggan yang semakin kompleks dan inovasi produk yang berterusan.
>> Apa modul yang digunakan MII untuk memastikan semua ejen yang mendapat kelulusan daripada MII benar-benar berkualiti.
Kami sentiasa memastikan semua modul yang diaplikasikan di dalam peperiksaan serta latihan, selari dengan keperluan terkini industri insurans. Kami sering berkomunikasi dengan industri insurans dalam memperoleh maklumat mengenai keperluan terkini mereka untuk meningkatkan tahap kepakaran pekerja serta ejen industri ini.
Selain itu, semua tenaga pengajar yang dilantik untuk melatih dan menyediakan modul peperiksaan adalah di kalangan mereka yang mempunyai pengalaman yang luas dalam pasaran serta industri insurans negara. MII amat mementingkan kualiti tenaga pengajar yang kami lantik kerana mereka juga memainkan peranan sebagai pendidik dan penasihat kepada pelajar kami yang datang dari pelbagai latar belakang pendidikan.
Bidang insurans membabitkan kepercayaan pelanggan terhadap syarikat insurans kerana ia adalah produk unik apabila penjual (ejen) menjual jaminan (polisi insurans) kepada pelanggan. Maka, penting bagi syarikat insurans untuk meyakinkan pelanggan sepenuhnya dalam membeli sesuatu polisi atau produk insurans. Dalam menembusi pasaran yang besar, syarikat insurans biasanya akan menggunakan khidmat ejen insurans yang dilantik khusus untuk menjual dan berkomunikasi dengan pelanggan berkaitan produk mereka. Oleh itu, amat penting bagi ejen untuk memperoleh kelulusan dan latihan yang sepatutnya sebelum mereka layak bergelar ejen berdaftar.
>> Bagaimana dengan kedudukan industri insurans pada masa kini sama ada semakin berkembang atau terjejas akibat kos sara hidup tinggi?
Industri insurans boleh dikatakan sedang membangun dan berkembang dengan wujudnya pelbagai inisiatif yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan MII sendiri dalam melahirkan penggiat industri yang mantap serta inovasi produk yang berterusan selari dengan keperluan semasa industri. Insurans industri dijangka terus berkembang sejajar dengan perkembangan ekonomi negara yang dijangka mencatat pertumbuhan 5.5 peratus tahun ini berbanding 4.5 peratus pada suku keempat tahun lalu. Ini membuka peluang cerah bagi ejen mahupun syarikat insurans untuk meneroka peluang baru dalam pasaran negara yang masih terbuka luas.
Tetapi, kesedaran tentang pentingnya insurans dalam kehidupan seharian dan masa depan masyarakat di sini masih kurang berbanding dengan negara maju.
Dengan peningkatan kos sara hidup dan kuasa membeli yang makin berkurangan, pengguna atau masyarakat lebih cenderung untuk membeli atau memilih keperluan lain yang mereka rasakan lebih penting berbanding insurans. Ini sedikit sebanyak menyumbang kepada terjejasnya permintaan masyarakat terhadap insurans. Namun demikian, ia tidak menyumbang kerugian yang besar kepada industri kerana masyarakat mula menyedari akan pentingnya insurans dalam menjamin masa depan mereka.
>> Cabang insurans mana yang mendapat sambutan?
Dari segi bilangan ejen yang mengambil peperiksaan mahupun latihan di MII, cabang insurans hayat lebih mendapat sambutan. Ia menunjukkan bahawa lebih ramai yang berminat untuk menjual dan bergiat dalam insurans hayat berbanding am, sekali gus menunjukkan pasaran insurans hayat lebih mendapat sambutan.
Bagaimanapun, kesedaran dan sambutan rakyat Malaysia terhadap kepentingan mengambil insurans masih kurang dengan penembusan pasaran masih hanya 40 peratus pada tahun 2009. Ini adalah cabaran dan peluang yang harus diambil penuh oleh mereka yang ingin menjadi dan sudah menjadi ejen insurans.
Malah, ejen juga bertanggungjawab meyakinkan pelanggan bahawa insurans kini bukan saja dianggap sebagai perlindungan kepada pengguna, malahan ia juga adalah satu bentuk pelaburan bagi masa depan. Ini adalah sebab mengapa kita harus menginsuranskan harta benda untuk perlindungan masa susah.
HARIAN METRO Online

Ulasan