Jangka Hayat Kaum Lelaki Pendek

Satu kajian empirikal mendapati purata jangka hayat lelaki di Malaysia lebih pendek daripada wanita dengan perbezaan kini sehingga tujuh tahun.

Dekan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr. Khalid Yusof berkata, golongan wanita mampu mencapai usia sehingga 79 tahun berbanding lelaki hanya setakat 72 tahun.

Beliau berkata, keadaan tersebut berpunca daripada kegagalan kaum lelaki mengamalkan gaya hidup sihat sehingga mudah terdedah kepada risiko pelbagai jenis penyakit.


"Golongan lelaki lebih terdedah kepada risiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, strok, buah pinggang, diabetes dan kanser.

"Kurangnya penjagaan kesihatan kerana lebih mementingkan urusan kerja turut mengakibatkan kaum lelaki lebih berisiko diserang penyakit berbanding kaum wanita," katanya ketika ditemui selepas sambutan Hari Hipertensi Sedunia di Balai Rukun Tetangga (KRT) Ketereh di sini semalam.

Purata jangka hayat lelaki di Malaysia pada tahun 2010 adalah 71.9 tahun berbanding wanita 77 tahun.

kosmo.com.my - 18 Mei 2013


DARI ADMIN;

Para suami / bapa sanggupkah anda meninggalkan keluarga anda dalam kesusahan? Cukupkah perbelanjaan yang ditinggalkan untuk isteri dan anak-anak bagi meneruskan kehidupan mereka setelah ketiadaan anda di dunia ini? Bencana kewangan adalah satu keadaan di mana sebuah keluarga hilang tempat bergantung dan sumber kewangan akibat dari ketidakupayaan atau kehilangan pencari nafkah keluarga untuk bekerja buat selamanya. Jangan hanya tinggalkan hutang kepada keluarga anda. 

"Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu di beri nafkah (saguhati) – makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" - SURAH AL-BAQARAH, ayat 240

"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta" - HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI

Mati itu pasti!!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Pelan IkhlasLink Secure Takaful

Dia