Keperluan Menghayati Konsep Takaful
Takaful diasaskan dengan konsep tolong-menolong. Dalam amalan tradisi
masyarakat tempatan, tolong-menolong menjadi aspek penting dalam
kehidupan. Ia merupakan satu fitrah kehidupan manusia. Manusia yang
mempunyai kelebihan dan kepandaian yang berbeza-beza sentiasa memerlukan
antara satu sama lain. Dengan tolong-menolong, mereka bukan sahaja
dapat memenuhi hajat individu bahkan dapat meringankan beban kehidupan
dengan ada sokongan dan bantuan daripada individu yang lain. Contoh
terbaik dalam aspek tolong-menolong di kalangan masyarakat kita ialah
tabung khairat kematian.
Tan Sri Sheikh Ghazali Hj. Abdul Rahman, Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara ketika mengulas sesi pembentangan 'Isu-isu Terkini Produk dan Instrumen Takaful Dalam Industri Takaful dan Retakaful dalam Muzakarah Pakar Pensihat Syariah Kewangan Islam Kali Ke-6' di Kuala Lumpur tidak lama dahulu menyatakan industri takaful di Malaysia secara am timbul daripada objektif dan roh tolong menolong dalam amalan tabung khairat kematian. Harapan beliau ialah untuk melihat penghayatan konsep tolong-menolong melalui tabung khairat kematian dapat terus dijadikan ruh dalam amalan industri takaful negara di samping pada masa yang sama tidak menggangu keperluan industri untuk memenuhi pencapaian keuntungan.
Secara amnya, tabung khairat kematian menjadi satu manifesto tolong-menolong penduduk setempat sesuatu kawasan penempatan untuk menguruskan jenazah orang Islam. Ini untuk memudahkan keperluan memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam mengurus jenazah mengikut peraturan yang digariskan oleh agama Islam.
Di samping itu, urusan pengkebumian jenazah daripada peringkat mandi sehinga ke liang lahad dapat dilakukan oleh kenalan, waris terdekat jenazah yang dapat memupuk semangat ambil tahu dan kerjasama sesama masyarakat setempat serta memberi peluang kepada mereka khasnya generasi muda mengetahui selok belok pengurusan jenazah umat Islam. Ini secara langsung atau tidak langsung menguatkan ikhwah dan pertautan persahabatan masyarakat penduduk sekitar.
Tabung khairat kematian biasa diwujudkan oleh pengurusan masjid, surau, persatuan penduduk setempat. Kini badan bukan kerajaan, koperasi, institusi perkerjaan turut mempunyai skim tabung khairat kematian untuk ahli dan pekerja mereka.
Dalam kelompok masyarakat, melalui tabung ini, individu tanpa mengira pangkat, keturunan, umur, pekerjaan, terrmasuk yang berpenyakit daripada kawasan setempat akan sama-sama menyertai dan menyumbang wang ke dalam tabung. Jadi, semua individu layak untuk terlibat dalam skim tolong-menolong ini secara telus untuk kepentingan bersama-sama khasnya meringankan anggota waris dan memudahkan urusan pengkebumian.
Tabung ini berperanan menyediakan kos untuk urusan kematian termasuk membantu mempercepatkan urusan pengkebumian, membiayai kos mandi mayat, kain kapan, keranda, termasuk upah menggali kubur.
Umum mengetahui bahawa mempercepatkan urusan pengkebumian adalah dituntut dalam Islam. Ini adalah berdasarkan kepada satu hadis bahawa Nabi SAW, maksudnya:
Segerakanlah pengurusan jenazah kerana jika jenazah itu baik maka sudah sepatutnya kamu menyegerakannya. Jika sebaliknya maka jenazah itu adalah keburukan yang kamu letakkan (lepaskan) dari leher-leher kamu (daripada tanggungjawab kamu). (Riwayat Muslim).
Islam tidak menggalakkan penangguhan urusan pengkebumian jenazah kerana jasad dan ruh sudah terpisah dan kedua-duanya tiada lagi tugas di atas dunia. Jasad akan ke tanah dan ruh akan ke alam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Urusan memandikan mayat memerlukan seorang yang mahir untuk membasuh dan menyucikannya secara fizikal. Untuk menjaga kebersihan, ketika mandi disunatkan menekan perut perlahan-lahan kerana jika ada najis maka ia boleh keluar agar jenazah akhirnya berada dalam keadaan bersih secara fizikal.
Selain peranan masyarakat setempat mewujudkan dan menguruskan tabung khairat kematian, kini fungsi tabung ini bukan sahaja terhad kepada urusan pengkebumian jenazah bahkan juga ia menjadi instrumen untuk membayar hutang si mati.
Ini diamalkan sebagai contoh dalam institusi koperasi. Setiap ahli koperasi akan meyumbang kepada tabung khairat kematian koperasi samada melalui sumbangan berkala atau pemotongan daripada sesuatu pembiayaan yang dibuat dengan koperasi. Apabila berlaku kematian kepada anggota atau waris mereka, maka sejumlah wang khairat kematian akan dikeluarkan kepada waris si mati untuk memudahkan urusan pengkebumian. Pada masa yang sama duit khairat kematian yang diuruskan koperasi secara baik melalui perniagaan dan pelaburan akan digunakan untuk melangsaikan hutang tertunggak si mati kepada koperasi. Ini akhirnya dapat melupuskan hutang si mati di atas dunia ini.
Inilah satu konsep tolong-menolong yang membawa maslahah kepada masyarakat tanpa sebarang kepentingan lain yang boleh menggangu konsep penghayatan elemen kerjasama dalam kelompok masyarakat.
Berbalik kepada industri takaful, sepatutnya pemain industri yang terdiri daripada pengendali dan syarikat takaful perlu sentiasa memertabatkan objektif takaful. Ia sebenarnya timbul dari semangat tolong-menolong peserta takaful dalam mewujudkan satu tabung untuk membantu ahli yang terkena musibah. Tabung dana takaful hasil sumbangan peserta merupakan satu maslahah yang sama-sama diwujudkan oleh peserta.
Sebagai pengendali takaful, mereka hanya bertindak sebagai pengurus kepada dana derma yang menjadi milik para peserta. Selain yuran pengurusan, pelaburan dan kadar keuntungan yang dipersetujui dengan peserta, maka manfaat dana tabung takaful adalah milik peserta yang perlu pengendali takaful permudahkan. Ini khasnya dalam urusan pembiayaan kos musibah yang berlaku agar hasrat peserta untuk tolong-menolong sesama mereka melalui pelan takaful dapat dihayati dengan sebaik-baiknya seperti dalam amalan tolong-menolong tabung khairat kematian.
Mohamad A'sim Bin Ismail - IKIM