Kos Perubatan Meningkat. Benarkah Golongan Berpendapatan Tidak Mampu?

Kita selalu diwar-warkan dengan kos perubatan yang meningkat mahal.  Banyak orang yang merungut tetapi di samping aduan apakah tindakan lain yang boleh kita ambil untuk menghadapi kos perubatan yang semakin meningkat ini?

Islam mewajibkan setiap manusia memberikan hak yang sewajarnya kepada tubuh badannya. Di antaranya ialah mencari rawatan ketika sakit. Nabi Muhammad SAW dalam beberapa hadisnya mengingatkan supaya orang yang sakit mendapatkan rawatan untuk menyembuhkan penyakitnya.
Di antaranya "Tiada penyakit yang Allah telah ciptakan, kecuali yang Dia telah menciptakan rawatannya”, (Sahih Bukhari).  "Gunalah rawatan perubatan, kerana Allah tidak menyebabkan suatu penyakit tanpa melantikkan suatu ubat untuknya, dengan pengecualian satu penyakit, iaitu keuzuran”, (Abu Daud).

Nabi SAW sendiri berubat untuk dirinya dan menyuruh keluarga dan sahabatnya yang dihinggapi penyakit supaya berubat.

Dengan itu mendapatkan rawatan adalah dituntut oleh Islam sebagai satu langkah untuk memelihara dan menjaga nikmat kesihatan dan keselamatan tubuh badan.

Apapun dalam konteks sekarang isu kos rawatan mahal merupakan satu perkara yang menjadi polemik masyarakat.  Ini khasnya untuk mendapatkan khidmat pakar perubatan untuk merawat penyakit terutamanya sakit kronik.  Bagi saya selagi ada jalan selagi itu ada cara untuk mendapatkan rawatan terbaik demi memenuhi tuntutan Syariah untuk merawat sakit.

Manusia apabila sakit sudah tentu mereka akan mencari rawatan secepat mungkin untuk mengelakkan kesakitan berpanjangan.  Itu adalah naluri manusia.  Jadi kos tidak lagi menjadi perkiraan ketika ini.  Maka timbullah pelbagai isu sampingan seperti penggunaan kad kredit sehingga menimbulkan hutang yang tidak terbayar.

Apapun, kos rawatan meningkat bukan fenomena di hospital swasta semata-mata tetapi meliputi juga hospital kerajaan.  Tetapi kebiasaanya rawatan di hospital kerajaan yang mendapat subsidi daripada pemerintah sudah tentu lebih murah.  Apa yang pasti rawatan penyakit samada di hospital kerajaan atau swasta semuanya memerlukan duit disebabkan kos rawatan yang meningkat dari masa ke semasa. 

Bagi saya sebenarnya pengguna boleh sahaja mendapatkan rawatan di hospital swasta walaupun kosnya mahal.  Ini dapat dilakukan melalui penyertaan mereka dalam insurans Islam atau takaful kesihatan.  Ini merupakan salah satu aspek pengurusan risiko terbaik kepada masyarakat dalam menghadapi dilema kos rawatan mahal.  Apabila mereka terkena penyakit yang memerlukan rawatan tinggi, maka duit sumbangan takaful yang terkumpul dalam tabung pengurusan takaful akan digunakan untuk membiayai kos rawatan tersebut.

Sebagai contoh, bagi seorang yang berpendapatan seperti seorang kerani, sekurang-kurangnya sebahagian atau sedikit pendapatannya dapat disumbangkan ke dalam skim takaful kesihatan seperti seratus sebulan.

Ini lebih baik daripada ia berbelanja dalam perkara yang tidak begitu penting seperti membeli rokok dan sebagainya.

Takaful perubatan dan kesihatan memberi perlindungan terhadap kos rawatan perubatan persendirian seperti kos hospital dan penjagaan kesihatan.  Perlindungan tersebut boleh diambil secara berasingan atau sebagai kontrak tambahan kepada pelan takaful keluarga asas.

Mengikut maklumat daripada Bank Negara Malaysia (BNM), perlindungan yang disediakan oleh takaful perubatan dan kesihatan termasuk perbelanjaan perkhidmatan hospital dan yuran profesional akibat kecederaan atau penyakit yang dialami, seperti caj wad, caj pembedahan dan caj unit rawatan rapi. Manfaat-manfaat ini boleh dihadkan kepada amaun maksimum atau bilangan hari.

Pengendali takaful boleh menawarkan pelan-pelan takaful tersebut secara individu atau gabungan. Sebagai pengguna, kita perlu berhati-hati apabila memilih pelan yang memenuhi keperluan kita dengan memahami ciri-ciri, syarat-syarat dan manfaat sijil takaful.

Perlu kita ketahui bahawa dalam menyertai takaful, pembayaran manfaat bergantung kepada jenis pelan yang kita sertai. Kita perlu merujuk kepada sijil takaful mengenai maklumat terperinci manfaat yang diberi seperti perkara yang dilindungi dan tidak dilindungi serta bila dan bagaimana manfaat akan dibayar.

Dalam memenuhi tuntutan Syariah untuk mencari rawatan ketika sakit, dan dalam menghadapi kos rawatan yang semakin meningkat mahal; selain kita boleh menabung, kita juga boleh menyertai skim takaful untuk menghadapai sebarang musibah sakit.

Menyertai takaful turut merupakan medium untuk kita melakukan sedekah melalui tabaruaat ke dalam tabung peserta.  Di samping mendapat perlindungan kita juga beramal.

Dengan adanya perlindungan takaful perubatan, sekurang-kurangnya sebahagian besar bil rawatan  dapat dibayar daripada tabung derma peserta.  Ini sudah tentu melayakkan peserta mendapatkan rawatan di hospital swasta walapun bergaji agak kecil.

Perancangan kewangan yang baik seperti menyertai takaful dapat menghindarkan kita daripada mengeluh bil hospital yang tinggi walaupun bagi seorang kerani sebagai contoh.

Menyertai takaful merupakan salah satu usaha seorang Muslim memelihara tuntutan Syariah agar mencari rawatan yang terbaik ketika sakit dan akhirnya tidak menghalang mereka mendapatkan rawatan yang cepat dan baik walaupun agak mahal khasnya di hospital swasta.

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Pelan IkhlasLink Secure Takaful

Dia