Takaful Didik Anak Muda Urus Kewangan
Golongan muda seharusnya didedahkan dengan penyimpanan sehingga 30 peratus daripada pendapatan untuk persiapan jangka panjang yang merangkumi simpanan, pelaburan dan langganan polisi takaful. Perunding Kewangan Bertauliah IFP (Islamic Financial Planner) di INFAQ Consultancy & Advisory, Afyan Mat Rawi berkata, kebanyakan golongan muda lebih gemar membeli gajet atau kenderaan baru menggunakan gaji pertama mereka berbanding merancang kewangan untuk jangka masa panjang. “Atas sebab ini, tidak hairanlah statistik yang pernah dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Negara menunjukkan jumlah graduan muda di bawah umur 30 tahun yang muflis meningkat saban tahun akibat hutang kad kredit dan hutang kereta,” katanya.