Takaful Didik Anak Muda Urus Kewangan
Golongan muda seharusnya didedahkan dengan penyimpanan sehingga 30 peratus daripada pendapatan untuk persiapan jangka panjang yang merangkumi simpanan, pelaburan dan langganan polisi takaful.
Perunding Kewangan Bertauliah IFP (Islamic Financial Planner) di INFAQ Consultancy & Advisory, Afyan Mat Rawi berkata, kebanyakan golongan muda lebih gemar membeli gajet atau kenderaan baru menggunakan gaji pertama mereka berbanding merancang kewangan untuk jangka masa panjang.
“Atas sebab ini, tidak hairanlah statistik yang pernah dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Negara menunjukkan jumlah graduan muda di bawah umur 30 tahun yang muflis meningkat saban tahun akibat hutang kad kredit dan hutang kereta,” katanya.
Menurutnya, untuk mengatasi isu ini, kesedaran dan ilmu mengenai pengurusan dan perancangan kewangan perlu dititik beratkan daripada muda.
“Bagi mereka yang baru mengenal dunia pekerjaan, adalah sebaik-baiknya memperuntukkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pendapatan mereka untuk membuat persiapan jangka masa panjang.
“Ia meliputi nisbah 10 peratus masing-masing untuk simpanan, pelaburan dan langganan polisi takaful,” katanya kepada Bisnes Metro di sini, semalam.
Menurutnya, dengan peruntukan 10 peratus daripada pendapatan untuk pelan polisi takaful, ia dapat digunakan apabila kecemasan atau ditimpa musibah yang memberi impak besar kepada kewangan dan kehidupan seperti kematian, hilang upaya kekal, sakit kritikal atau kemalangan.
“Apabila melanggan produk takaful, kita perlu pastikan jumlah perlindungan maksimum yang berpadanan dengan pendapatan tahunan.
Sebagai contoh, graduan muda yang baru bekerja dengan pendapatan sekitar RM2,500 hingga RM3,500 sebulan, boleh memperuntukkan antara RM250 hingga RM350 untuk polisi takaful yang berfungsi sebagai pelan pelindung pendapatan berjumlah kira-kira RM500,000 yang bersesuaian dengan pendapatan tahunan golongan ini sekitar kira-kira RM40,000 setahun,” katanya.
Menurutnya, peruntukan 10 peratus untuk simpanan dan pelaburan juga mempunyai matlamat yang berbeza di mana simpanan bertujuan untuk membuat persediaan bagi masalah yang tidak dilindungi takaful.
“Simpanan yang dibuat setiap bulan boleh dibuat untuk menampung perbelanjaan tambahan yang tidak diduga seperti kereta rosak, paip bocor, kehilangan wang atau sakit manakala, 10 peratus untuk pelaburan pula adalah persiapan awal untuk persaraan,” katanya.