Zakat: Insurans Dan Takaful Anak

Soalan: 

KELUARGA saya baru sahaja mendapat duit simpanan daripada sebuah pengendali insurans takaful pendidikan anak-anak saya yang berusia 12 dan 13 tahun sebanyak RM20,000 dan suami saya juga baru mendapat pampasan daripada sebuah takaful atas kecederaan yang dialaminya kerana kemalangan jalan raya sejumlah RM150,000. Persoalan saya, adakah duit insurans ini juga perlu dizakatkan? Mohon penjelasan.
Jawapan:

Terima kasih kerana mengajukan persoalan yang baik ini. Mudah-mudahan, puan dan keluarga puan sentiasa diberikan kesabaran dan diberkati Allah SWT hendaknya, Amin. Baiklah, saya akan menegaskan beberapa perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Pertama, mungkin ramai yang terkeliru dengan status wang yang disimpan di dalam mana-mana institusi takaful atau insurans. Sebelum itu, sila fahami bahawa, takaful adalah insurans yang Islami dan ia tertakluk kepada akta takaful serta ia berbeza dengan insurans. Ini kerana insurans dijalankan secara konvensional yang melibatkan kontrak yang tidak syarie serta adanya tiga unsur yang tidak halal, iaitu gharar (ketidakpastian), maisir (judi) dan riba.

Oleh itu, demi memudahkan perbincangan, saya mengandaikan bahawa puan hanya mencarum di dalam takaful sahaja.

Hakikatnya, takaful adalah wang yang berbentuk simpanan kerana seseorang penyimpan itu masih mempunyai hak milik sempurna ke atas wang berkenaan. Misalnya, sungguhpun puan menandatangani kontrak polisi takaful berkenaan untuk tempoh 10 tahun namun dalam tempoh masa itu puan masih boleh memohon pengeluaran tunai daripada pihak takaful berkenaan.

Maka, dalam hal ini puan hendaklah menyandarkan wang di dalam takaful sebagai wang simpanan dan dikeluarkan zakat sebagaimana puan mengira zakat simpanan yang lain. Puan campurkan jumlah simpanan anak-anak puan di dalam takaful yang sempurna milik itu dan dicampurkan dengan simpanan-simpanan lain anak-anak puan yang ada di bank atau di mana-mana sahaja dan jika ia menyamai atau melebihi paras nisab, maka wajiblah dizakatkan ke atasnya 2.5 peratus.

Adakah jumlah simpanan takaful itu perlu diambil pada hujung tahun? Tidak, kerana jumlah itu tidak bersifat genap setahun disimpan, maka sila ambil jumlah permulaan puan mencarum dalam takaful berkenaan.

Sumber : Utusan Malaysia 17/05/2013

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Pelan IkhlasLink Secure Takaful

Dia