Banjir : Darurat Bencana

Darurat bencana dibuat secara pentadbiran dan eksekutif bawah Perkara 25 Arahan No. 20 Dasar & Mekanisme Pengurusan Bencana Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN). Selain itu, perdana menteri sebagai ketua kerajaan, boleh membuat pengumuman darurat bencana (selepas menerima nasihat).

Contoh, jerebu Sarawak 1997, jerebu Pelabuhan Klang 2005 (API lebih 500) dan jerebu Muar dan Ledang 2013 (API lebih 750).
Kesannya?

1. Penggelembengan dan kerahan bantuan akan diambil alih oleh kerajaan persekutuan dan agensi-agensi atau kementeriannya.
2. Pembiayaan pengurusan, pemulihan dan sebagainya akan ditanggung oleh kerajaan persekutuan.
3. Kesemua aset dan jentera kerajaan seperti tentera, Rela, dana, bot, kenderaan dan sebagainya akan dikerahkan.


Insurans?

Tuntutan insurans sebenarnya terpulang kepada polisi-polisi yang ditandatangani pembeli insurans. Ada banyak orang kampung yang tidak mempunyai insurans yang melindungi rumah dan kedai mereka. Jika ada pun, kebanyakkan insurans tidak melindungi kerosakan-kerosakan akibat bencana alam seperti gempa bumi, tanah runtuh dan banjir.

Akibatnya, kebesaran mungkin kerugian ini akan dikategorikan sebagai 'total loss'. Justeru, tanpa perisytiharan sekalipun, mereka tidak akan dapat tuntut sebarang insurans.

Namun, ada pelanggan insurans yang membayar lebih untuk melindungi kerugian bencana alam. Untuk pelanggan-pelanggan ini, perisytiharan darurat tidak sama sekali akan menggugat kedudukan mereka. Hal ini sedemikian kerana banjir ini berlaku sebelum perisytiharan dan kerugian yang dialami dikira kerugian akibat bencana alam. Justeru, kerugian kelompok ini tetap dilindungi.

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Pelan IkhlasLink Secure Takaful

Dia