99% Perubatan Swasta Gagal Kesan Simptom Denggi Pada Sesi Pertama Perjumpaan
Kementerian Kesihatan mendapati 99 peratus sesi pertama perjumpaan pesakit bersama dengan pengamal perubatan di klinik dan hospital swasta gagal mengesan simptom denggi. Menteri berkenaan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana laporan kes denggi terus meningkat dan diagnosis awal yang berkesan perlu dilakukan supaya tindakan segera dapat diambil. Berikutan itu, Kementerian Kesihatan mengesyorkan klinik dan hospital swasta supaya memperkukuh kaedah mendiagnosis pesakit dengan menggunakan ujian 'Combo Rapid Test Kit'.