Islam, Ikhtiar dan Takaful

Dalam menjalani kehidupan sehari-hari, manusia tidak dapat mengelak daripada terdedah kepada pelbagai bentuk kemungkinan terutamanya yang berbentuk musibah, malapetaka, kecelakaan, bencana dan sebagainya. Bencana dan musibah datang dengan tidak mengira sesiapa samada dia seorang pegawai tinggi atau buruh kasar. Samada dia bekerja makan gaji atau bekerja sendiri. Samada dia seorang ahli perniagaan yang besar atau ahli perniagaan yang kecil. Lalu apabila manusia ditimpa musibah dan bencana yang boleh mendatangkan mudarat dan penderitaan, maka sudah tentu dia akan menanggung pelbagai beban dan kesulitan.
Dengan kemajuan teknologi yang serba moden dan canggih pada hari ini, maka setiap hari masyarakat semakin terdedah kepada bahaya samada bahaya itu dalam bentuk mengancam keselamatan nyawa ataupun dalam bentuk memusnahkan harta benda. Ertinya, semakin maju sesebuah negara, maka semakin tinggi peratusannya terdedah kepada bahaya.
Pepatah Melayu ada menyebut, "Malang tidak berbau, geruh tidak berbunyi". Jesteru, setiap hari apabila kita menatap akhbar-akhbar kita sering terbaca musibah dan peristiwa buruk seperti kecelakaan jalanraya pemuda yang baru mendirikan rumahtangga, tragedi bapa mati lemas dan meninggalkan anak yang ramai, rumah kediaman hangus terbakar, harta benda dicuri serta pesakit-pesakit yang yang merayu derma dan simpati orang ramai kerana mengidap penyakit maut. Kemalangan dan tragedi ini antaranya bukan sahaja mengakibatkan penderitaan dan kesusahan kepada mangsa tetapi turut ditanggung oleh ahli keluarga dan warisnya. Apatah lagi seandainya kemalangan dan tragedi tersebut turut meragut nyawa ketua keluarga seperti suami atau bapa mereka, maka anak-anak dan isteri mereka akan mengalami penderitaan akibat kehilangan punca pendapatan mereka selama ini.

Begitu juga perihalnya kemusnahan sesebuah kilang akibat daripada kebakaran atau tragedi letupan yang bukan sahaja boleh mendatangkan ancaman kepada nyawa pekerja-pekerja malah turut menggugat peluang pekerjaan dan pada masa yang sama mengakibatkan kerugian besar kepada pemilik kilang berkenaan dan secara tidak langsung turut membawa kerugian kepada negara.

Jesteru, adalah menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam untuk berikhtiar dan merancang untuk mengatasi musibah tersebut atau sekurang-kurangnya meringankan kesan daripadanya. Di antara ikhtiar tersebut adalah dengan menyertai program takaful keluarga dan takaful am mengikut keperluan dan kemampuan semasa.

        Dan Kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan secebis rasa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, kehilangan nyawa serta tanam-tanaman yang tidak menjadi. Dan khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata; Sesunggunya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya jualah kami akan kembali.
Al-Quran, Surah Al-Baqarah: 155

        Berbelanjakanlah hartamu pada jalan Allah dan janganlah kamu sengaja mendedahkan dirimu kepada kebinasaan. Dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.    Al-Quran, Surah Al-Baqarah: 195

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Pelan IkhlasLink Secure Takaful

Dia