Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

Kenaikan Premium Insurans Motor

Imej
Mulai 23 Februari ini, pengguna kenderaan bermotor perlu membayar premium insurans lebih tinggi sejajar pelarasan premium tarif motor di bawah Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu yang diperkenalkan pada 2012. Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) berkata, rangka kerja itu diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menangani isu struktur dalam sektor insurans motor menerusi kaedah pelarasan harga secara beransur-ansur tetapi pada masa memastikan orang ramai mampu membeli insurans pada premium yang berpatutan. Pelarasan premium tarif motor di bawah rangka kerja itu dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai 2012.

Sepertiga Rakyat Hidap Darah Tinggi, Kerana Lebih Makan Garam

Imej
Media pernah melaporkan, seramai 4.8 juta penduduk negara ini menghidap penyakit darah tinggi dan menjelang 2025, lebih separuh rakyat berusia lebih 40 tahun berisiko menghidap penyakit itu. Pepatah Melayu “lebih dahulu makan garam” usah diterjemahkan menjadi amalan pemakanan harian. Ini kerana, satu per tiga daripada rakyat negara ini menghidap penyakit ‘hipertensi’ atau darah tinggi, akibat mengambil garam berlebihan, kata pakar garam yang juga Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Feisul Idzwan Mustapha.

8 Tips Jika Anda Makan Gaji

Imej
ADAKAH seronok bila kita mendapat gaji ketika hujung bulan? Mestilah seronok, kerja 20-24 hari sebulan then sehari dapat gaji! Tapi, persoalannya adakah keseronokan itu mampu berpanjangan hingga selepas kita bersara? Jika panjang umur. Masa saya kerja dulu-dulu pun, seronok bila dapat gaji apatah lagi selepas “kekeringan wang” lebih separuh bulan. Tapi, dapat sahaja gaji yang sehari itu, masuk pagi duit dalam account, bila petang atau paling lewat esoknya, insya-ALLAH dah “game over” bayar hutang. Itu pun ada lagi belum selesai. Itu tahun 1995-97. Gaji RM1,500. Bekerja di firma stockbroking.

88 Peratus Rakyat Bimbang Simpanan Tidak Cukup

Imej
88 peratus rakyat Malaysia bimbang simpanan persaraan mereka tidak mencukupi untuk menampung kos hidup. Peratusan ini didapati melalui kaji selidik yang dijalankan. Antara lain kaji selidik mendedahkan hampir separuh warga kerja di negara ini berpendapat kos sara hidup meningkat pada kadar lebih pantas berbanding pendapatan mereka.  

Bimbang Tiada Wang Mencukupi Bila Bersara

Imej
Tidak mempunyai wang yang cukup untuk membiayai kehidupan harian selepas persaraan adalah kebimbangan utama 88 peratus pekerja Malaysia, demikian menurut satu kajian. Menurut laporan HSBC, 'Masa Depan Persaraan: Satu Perimbangan', 49 peratus daripada mereka berkata, pembayaran balik hutang menghalang mereka untuk membuat persediaan persaraan yang selesa. "Kemelesetan ekonomi dunia juga menjejaskan pelan persaraan mereka di mana 36 peratus telah berhenti atau mengurangkan simpanan melalui deposit tunai, anuiti atau pelaburan; 32 peratus kurang berkemampuan menyimpan untuk persaraan dan 28 peratus mendapati diri mereka akan terjebak dengan hutang," katanya.