88 Peratus Rakyat Bimbang Simpanan Tidak Cukup
88 peratus rakyat Malaysia bimbang simpanan persaraan mereka tidak
mencukupi untuk menampung kos hidup. Peratusan ini didapati melalui kaji
selidik yang dijalankan. Antara lain kaji selidik mendedahkan hampir
separuh warga kerja di negara ini berpendapat kos sara hidup meningkat
pada kadar lebih pantas berbanding pendapatan mereka.
Di Malaysia, golongan pekerja wanita percaya simpanan persaraan dan pelaburan akan dapat bertahan untuk tempoh 11 tahun, tetapi dengan tempoh purata persaraan 21 tahun, menjadikan kemampuan bertahan cuma untuk tempoh 10 tahun.
Golongan pekerja lelaki pula berkata simpanan persaraan mereka hanya cukup untuk tempoh 12 tahun, tetapi dengan tempoh purata persaraan 17 tahun, menjadikan kemampuan bertahan hanya untuk tempoh tujuh tahun.
Antara lain, kaji selidik itu mendapati 21 peratus pesara di Malaysia berkata untuk mengekalkan standard kehidupan ketika bersara nanti, mereka perlu mula merancang persaraan pada umur sekurang-kurang 30 tahun atau lebih awal lagi.
Lebih dua perlima (45 peratus) daripada mereka berkata mereka sepatutnya membuat penabungan yang lebih besar lagi sebelum ini.
Anda perlu menjangka sesuatu yang tidak dijangkakan