63% Pesara Malaysia Bimbang Keupayaan Tanggung Keluarga
Ramai pesara di Malaysia bimbang mengenai tanggungan hidup dengan 63 peratus daripada mereka bimbang tidak dapat menanggung keluarga atau rakan dari segi kewangan, demikian menurut laporan HSBC.
Laporan itu menyebut bahawa Malaysia mencatatkan peratusan tertinggi di dunia bagi kategori berkenaan, diikuti Brazil dan Mexico pada 58 peratus, manakala Singapura (54 peratus).
Lima puluh empat peratus rakyat Malaysia juga bimbang andai terpaksa bergantung kepada keluarga dan rakan untuk bantuan kewangan, demikian menurut laporan HSBC bertajuk 'The Future of Retirement Choices for later life'.
Meskipun tidak lagi menerima gaji, laporan itu menyebut bahawa 86 peratus pesara di Malaysia akan terus menanggung sekurang-kurangnya seorang anggota keluarga mereka (termasuk pasangan) dan rakan, termasuk anak yang sudah dewasa (lebih 16 tahun) dan cucu, manakala ada yang menanggung ibu bapa.
Dalam kategori ini, Malaysia mencatat peratusan tertinggi di Asia, diikuti Indonesia (83 peratus), dan India (80 peratus), manakala Singapura pada 59 peratus, katanya.
Laporan HSBC itu menyebut kekayaan sudah diwariskan kepada beberapa generasi, dengan 39 peratus pesara Malaysia berbuat demikian kepada anak-anak mereka yang sudah dewasa, dan 21 peratus berbuat yang sama kepada cucu.
Menurut laporan itu, 87 peratus pesara di Malaysia tidak dapat merealisasikan hasrat dan impian mereka selepas bersara, lebih tinggi berbanding daripada purata Asia pada 80 peratus dan purata global pada 73 peratus.
Hanya 24 peratus tidak bersara penuh, manakala 64 peratus akan terus bekerja separuh masa sebelum bersara sepenuhnya.
"Amalan berbelanja dan tabungan berbeza di seluruh dunia. Dalam menimbang sama ada untuk membelanjakan semua wang atau menyimpan untuk generasi akan datang, 67 peratus golongan pekerja Malaysia mempunyai pandangan yang seimbang, iaitu belanja sesebahagian dan menabung untuk diwariskan kepada anak-anak," katanya.
Namun 19 peratus mahu membelanjakan kesemua wang dan menyerahkan kepada anak-anak untuk mencari kekayaan sendiri, manakala 15 peratus pula berpendapat mahu menyimpan sebanyak yang boleh untuk diwariskan kepada generasi akan datang.
Walaupun secara menyeluruh rakyat Malaysia memilih untuk berbelanja, 83 peratus pekerja Malaysia menjangkakan mereka akan mewariskan harta kepada anak namun hanya 37 peratus sahaja yang menerimanya, kata laporan itu.
Mengenai penghijrahan selepas bersara, Australia menjadi pilihan pertama, diikuti New Zealand, Singapura dan Switzerland.
Ketua Perbankan Runcit dan Pengurusan Kekayaan HSBC Lim Eng Seong berkata bagi memastikan kehidupan yang lebih selesa, pesara wajar menimbang komitmen kewangan yang lebih luas, termasuk meneruskan bantuan kewangan kepada orang kesayangan.
"Hari ini pesara mungkin perlu menambah pendapatan bagi menangani kos hidup yang semakin meningkat untuk keperluan sendiri, seperti penjagaan kesihatan atau bagi memastikan mereka masih dapat menyimpan untuk diwariskan kepada anak-anak.
"Memandangkan keluarga Malaysia kini banyak bergerak termasuk di peringkat antarabangsa, membelanjakan wang persaraan di dua atau lebih lokasi sudah menjadi matlamat biasa yang semakin meningkat," katanya .
Laporan itu adalah hasil kajian dalam talian membabitkan lebih 16,000 orang di 15 negara, oleh Ipsos Mori pada Ogos dan September 2014.