Konsep Pupuk Sikap Saling Membantu
Produk takaful sering disebut sebagai produk berasaskan perlindungan bersama. Boleh jelaskan apa yang dlmaksudkan 'perlindungan bersama' itu?
Sebenarnya ramai yang masih tidak memahami konsep atau gambaran perlindungan bersama dalam produk takaful. Sistem takaful berlandaskan prinsip 'ta'awun' iaitu saling membantu dan 'tabarru" yang membawa erti sumbangan. Dengan menyumbang sejumlah wang kepada dana risiko takaM, peserta telah bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain jika salah seorang daripada peserta mengalami musibah atau kemalangan. Contoh mudah, semasa di zaman persekolahan dahulu kita pernah melalui zaman 'kutipan duit kelas' di mana dalam pelajar dalam satu kelas telah sepakat untuk saling menyumbang sebanyak RM1 kepada tabung khas pada setiap akhir bulan. Kutipan tabung ini selalunya digunakan untuk jamuan akhir tahun atau membeli hadiah buat guru yang bakal bertukar sekolah.
Hakikatnya, tabung ini diwujudkan untuk kepentingan bersama. Begitu juga tabung dalam sistem takaful diwujudkan sebagai asas perlindungan bersama dikhuatiri jika ada di antara kita ditimpa musibah atau kemalangan. Jika berlaku musibah atau kemalangan kepada salah seorang peserta dalam dana ini, maka kita akan menggunakan wang tabungan itu untuk membantu mereka yang ditimpa musibah atau kemalangan. Sistem takaful sebenarnya memberi gambaran yang sangat indah dalam berukhuwwah. Ia menggalakkan persaudaraan, bersatu padu dan saling membantu satu sama lain. Konsep saling membantu dan bekeqasama sangat dianjurkan oleh Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan." (Surah alMaidah, ayat 2)
Menyumbangkan sejumlah wang ke dalam dana takaful, kita sebenarnya membuat keputusan untuk membantu ramai orang. Apatah lagi takaful dikendalikan sepenuhnya oleh pengendali takaful yang mengambil berat isu berkaitan syariah bagi memastikan wang diterima digunakan dan diagihkan kepada mereka yang benarbenar layak menerima bantuan selari dengan tuntutan agama. Membantu orang ramai adalah perbuatan yang dianjurkan dalam setiap agama, termasuklah agama Islam.
Jabatan Pematuhan Syariah, Takaful Ikhlas Berhad
Berita Minggu - 12 Jul 2015