Qard Hasan Diguna Jika Dana Tak Cukup
Takaful adalah suatu perlindungan
berasaskan sumbangan peserta dalam dana risiko peserta. Apakah akan
teqadi jika dana takaful itu tidak mencukupi untuk menanggung keperluan
peserta?
Di sinilah penting bagi
pengendali takaful memainkan peranan. Melalui kontrak wakalah, peserta
takaful melantik syarikat takaful sebagai wakil untuk mengendalikan dana
takaful merangkumi pengurusan pelaburan, pembayaran tuntutan, takaful
semula, rizab teknikal dan kos pengurusan. Wakalah adalah kontrak
membabitkan satu pihak (prinsipal) mewakilkan satu pihak lain untuk
melaksanakan tanggungjawab dalam hal yang boleh diwakilkan daripada
perspektif syariah.
Maka menjadi tanggungjawab pengendali takaful
memastikan dana risiko peserta sentiasa cukup untuk menanggung keperluan
peserta. Jika berlaku situasi dana risiko tidak mencukupi untuk
menanggung keperluan peserta, maka pengendali takaful akan memberikan
'qard hasan' iaitu sejumlah dana pinjaman tanpa faedah kepada dana
risiko peserta. Qard bermaksud memberikan harta kepada pihak yang
memanfaatkan harta itu dan dikembalikan gantian yang sama jenis
dengannya.
Penggimaan konsep qard hasan pada landasan yang betul dan
menepati kehendak syarak tentunya akan memberikan manfaat kepada pihak
berkontrak. Ulama mentakrifkan qard sebagai pemberian sesuatu harta
kepada pihak yang memanfaatkannya demi berkasih sayang dan dikembalikan
gantinya.
Di situlah wujudnya hubungan baik antara pengendali takaful
dan peserta. Ulama sependapat hukum qard adalah harus berdasarkan dalil
alQuran, sunah dan ijmak. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Siapakah
orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah SWT sebagai
pinjaman yang baik supaya Allah SWT melipat gandakan balasannya dengan
bergandaganda banyaknya? Dan Allah SWT menyempitkan dan meluaskan
(pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."
(Surah alBaqarah, ayat 245) Justeru, peserta tidak perlulah risau
kerana pengendali takaful sentiasa menjaga kebajikan peserta sebagai
keutamaan kerana ia satu amanah yang telah dipertanggungjawabkan.
Jabatan Pematuhan Syariah
Takaful Ikhlas Berhad
Takaful Ikhlas Berhad