Kuasa Medical Card

Peserta adalah isteri kepada Tuan Zainon sahabat saya sejak saya berpindah ke sini 12 tahun yang lepas. Mereka mula menyertai Pelan Medical Card Takaful Ikhlas pada September 2014 dengan sumbangan secara bulanan RM440 (sumbangan isteri beliau)

Febuari 2016, isteri beliau dimasukkan ke salah sebuah Hospital Pakar akibat masalah pada bahagian usus kecil. Doktor Pakar memutuskan untuk menjalankan pembedahan segera pada hari yang sama. Alahmdulillah pembedahan berjaya, peserta diminta untuk tinggal di hospital bagi pemantauan lanjut selama beberapa hari.

Kos pembedahan dan rawatan selama 12 hari di hospital tersebut berjumlah RM32,508.85 dan ditanggung sepenuh oleh Medical Card Takaful IKHLAS yang dimiliki 18 bulan yang lepas.



Secara "kasarnya" jika dikirakan: 
Caruman isteri beliau RM440 sebulan x 18 bulan (tempoh Medical Card dimiliki) = RM7,920.00 (jumlah sumbangan yang telah diuruskan oleh Takaful Ikhlas bagi pihak peserta)

Peserta baru membuat sumbangan sebanyak RM7,920.00 tetapi telah menggunakan RM32,508.85 sebagai kos rawatan beliau. Mana datangnya baki wang RM24,588.85 untuk membiayai keseluruhan kos rawatan tersebut? Yang pasti ianya bukan sumber derma dari Timur Tengah...

Disinilah keindahan Takaful. Peserta telah dibantu melalui Tabung Tabarru' yang sumbernya adalah dari sumbangan peserta-peserta Takaful IKHLAS yang lain. Tabarru' bermaksud suatu bentuk derma ikhlas.

Dalam sistem Takaful, setiap peserta yang menyertai mana-mana produknya akan memperuntukkan sebahagian daripada sumbangannya (premium) ke dalam satu tabung.

Tabung tersebut dinamakan Tabung Risiko. Ia menempatkan derma terkumpul para peserta. Fungsi dana ini adalah sebagai bantuan kepada peserta yang ditimpa musibah. Setiap peserta akan saling membantu di antara mereka apabila ada di kalangan mereka yang ditimpa musibah.

Menerusi pelaksanaan Tabarru' ini yang diikat dengan prinsip Takaful (saling membantu) mewujudkan suasana saling tolong-menolong di antara satu sama lain.

Inilah di antara kelebihan dan keindahan sistem Takaful. Menikmati habuan Ukhrawi di samping habuan Duniawi sekali gus.

Bagaimana dengan anda...? Adakah anda telah memiliki Medical Card istimewa ini?

Rancang Kewangan Anda melalui Pengendali Takaful Terbaik 2015 & 2016 dari Takaful IKHLAS Berhad.

Untuk mendapatkan Quotation berkaitan dengan Medical Card;
❤️ www.mediplan-takaful.blogspot.my
Untuk mendapatkan Quotation berkaitan dengan Pelan Perlindungan Takaful yang lain;
❤️ www.ikhlas2u-takaful.blogspot.my

Untuk Update Terkini dan Promosi Produk;
❤️ "LIKE" www.fb.com/ikhlas2u
❤️ "LIKE" www.fb.com/IkhlasMediplan
❤️ Instagram/YouTube/Twitter : ikhlas2u
❤️ Google + Channel : Takaful Ikhlas
❤️ Telegram Channel : https://telegram.me/TakafulIKHLAS

Untuk sebarang Pertanyaan;
💻 PM www.fb.com/messages/ikhlas2u
📱 018 - 468 2030 (WhatsApp/Telegram/SMS sahaja)

#TakafulIkhlas
#MedicalCard
#MediPlan
#Ikhlas2u

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Pelan IkhlasLink Secure Takaful

Dia