Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

Jana Pendapatan Pasif Yang Patuh Syariah

Imej
Golongan Bumiputera yang beragama Islam digalakkan untuk mencari saluran alternatif bagi menjana pendapatan pasif seperti melabur secara langsung dalam kaunter patuh syariah di pasaran saham Bursa Malaysia. Felo di Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Pusat Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Mohamad Azhar Hashim berkata, selain meningkatkan pertumbuhan isi rumah, pelaburan patuh syariah juga mampu membendung aktiviti tidak sihat lain seperti terjebak dalam skim cepat kaya, penyelewengan wang dan rasuah.

Duit KWSP Jangan Beri Kepada Anak

Imej
Saya berjaga dan menulis untuk buku seterusnya. Sesekali saya akan bangun menjenguk anak-anak di bilik mereka. Tenangnya tidur mereka dan tenang juga hati saya sebagai bapa. Mungkin itulah kasih sayang bapa kepada anak-anaknya. Bercakap mengenai kasih sayang bapa kepada anak, saya ada satu cerita. Kisah sahabat saya yang menasihati saya agar tidak sesekali memberikan duit KWSP kepada anak-anak.

10 Perkara Jangan Buat Dengan Duit KWSP

Imej
Statistik KWSP menyatakan duit hanya mempu bertahan antara 3 hingga 5 tahun saja, jangan lakukan ini jika nak duit lama bertahan: 1. Jangan buat kenduri kahwin anak ala ala anak menteri besar. 2. Jangan renovasi rumah hingga lupa kita itu dulu kerani biasa sahaja. 3 Jangan beri duit pada anak untuk bercuti atau beli kereta terkini. 4. Jangan lupa bayar zakat simpanan dari KWSP.

Minuman 3 Dalam 1 Boleh Sumbatkan Arteri Darah

Imej
BUAT orang ramai, produk minuman berasaskan 3 in 1 adalah memudahkan, lebih-lebih lagi ia seakan produk yang wajib ada buat setiap pejabat. Dengan lambakan pelbagai jenis pilihan, membuatkan pengguna rambang mata nak memilih yang mana satu menepati citarasa. Namun, apakah benar informasi yang dinyatakan di setiap bungkusan produk 3 in 1 ini benar-benar menggunakan sukatan yang betul? Atau adakah sesetengah produk 3 in 1 yang menggunakan ginseng dikatakan berupaya memberikan tenaga ekstra seperti yang didakwa?

Aset Dana Takaful Ikhlas Naik 1.3 Kali Ganda

Imej
Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) mencatatkan pertumbuhan stabil dengan aset dana melepasi tahap pertumbuhan industri pada kadar 1.3 kali ganda dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Takaful IKHLAS turut meningkatkan sumbangan syarikat bagi tahun kewangan semasa mencecah RM909 juta berbanding RM829 juta sebelumnya manakala perniagaan takaful keluarga pula menyumbang 68 peratus diikuti takaful am yang mewakili 32 peratus. Kadar pertumbuhan takaful keluarga juga menggalakkan menerusi produk perubatan dan kesihatan serta produk berkaitan pelaburan. Pengurus Agensi Kumpulan Takaful IKHLAS, Abdul Wahab Mat Ariff berkata, pihaknya sentiasa membuka peluang melahirkan ramai perunding takaful berjaya.

Perlindungan Takaful Satu Keperluan

Imej
Menabung adalah suatu amalan yang sangat digalakkan dalam Islam kerana banyak kelebihan dan kebaikan tersembunyi yang lazimnya hanya disedari ia sangat bermanfaat ketika individu itu berada dalam keadaan terdesak mahupun kecemasan. Keutamaan menabung dilihat sebagai persediaan kewangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Bagaimanapun, kebanyakan ahli masyarakat hari ini seolah kurarig mengambil berat dalam menyediakan tabungan sebagai rutin malah tidak mengambil berat soal tabungan kecemasan. Sikap leka begini akhirnya akan membebankan ahli keluarga lain. Contohnya, suami adalah ketua keluarga dan wajib memikirkan banyak perkara berkaitan peijalanan rumah tangga. Jika beliau tidak membuat persediaan dan tiba­tiba ditimpa kesakitan atau kematian, tentulah keluarga bakal berhadapan kesusahan. Sebagai pencan nafkah utama, kehilangan sumber pendapatan sememangnya memberi impak besar kepada keluarga. Ketika itu barulah timbul rasa kesal jika tiada tabungan da

Cadangan Pelan : Medical Card & Perlindungan Takaful

Imej
Cadangan Pelan yang telah dipersetujui oleh salah seorang pelanggan : Medical Card & Perlindungan Takaful - | Jantina : Lelaki | Umur : 36 Tahun | Jumlah sumbangan bulanan : RM350 | Objektif : Perlindungan Bil Hospital - Medical Card Ringkasan Pelan : a) RM1.5 JUTA - Medical Card dengan Had Tahunan / Seumur Hidup -  Perlindungan sehingga peserta berusia 100 tahun b) RM300 sehari - Bilik, penghospitalan dan pembedahan. Naik taraf bilik percuma 10% setiap kitaran 3 tahun. c) RM250 sehari - Elaun harian Hospital (Swasta atau Kerajaan)

Santan Kelapa Bukan Penyebab Jadi Gemuk

Imej
Doktor: Encik kena banyakkan masakan yang mengandungi santan untuk menjaga kesihatan. Pesakit: Santan bukan bahaya ke doktor? Bukankah ia lemak yang tak baik? Itulah persoalan yang sering kita dengar bila kita membicarakan tentang santan. Umum masih sangsi tentang kelebihan santan dalam kesihatan. Santan sebenarnya adalah minyak kelapa, Cuma ada tambahan sedikit gula di dalamnya. Jadi segala kebaikan minyak dan lemak kelapa ada pada santan (rantaian sederhana asid lemak yang stabil, anti microbial dan tenaga yang tiada radikal bebas).