Pentingnya Perlindungan Takaful Untuk Orang Tersayang

Kehidupan ini ada pasang surutnya, langit yang cerah ada kalanya bertukar mendung. Dalam mendepani gelombang kehidupan hanya mereka yang bersedia akan berjaya mengharunginya.

Mereka yang berpandangan jauh akan melakukan apa sahaja dan berkorban demi masa depan orang tersayang. Dalam sesebuah keluarga salah satu daripada aspek yang mesti diberi perhatian ialah mengenai perancangan dan pengurusan kewangan dalam kehidupan.


Peranan wanita dalam keluarga pada hari ini sudah jauh berbeza. Wanita bukan lagi berada diceruk dapur atau jauh ketinggalan. Wanita kini rata-ratanya berpelajaran serta berjawatan penting dalam sektor pekerjaan. Malah wanita turut berperanan sebagai penyumbang utama dalam sumber pendapatan isi rumah serta berkemampuan merancang ekonomi rumahtangga. Adakalanya wanita dianggap sebagai Menteri Kewangan dalam keluarga mereka.

Oleh sebab itulah wanita, isteri atau ibu patut terlibat sama dalam perancangan masa depan keluarga. Selain perbelanjaan bulanan, kesejahteraan masa depan sangat berkait rapat dengan perancangan pendidikan anak-anak, perbelanjaan perubatan serta simpanan hari tua kelak.

Menyentuh berkaitan pembelajaran anak-anak, sudah pasti kita ingin memberikan pendidikan setinggi yang boleh agar mereka lebih berdaya saing dalam merebut peluang pekerjaan. Ini tidak hanya tertumpu kepada bidang akademik semata-mata, ia juga merangkumi kemahiran yang perlu dimiliki. Tetapi bagaimana sekiranya anak anda ketinggalan dalam persaingan ini kerana tiada kemampuan kewangan?

Permulaan yang baik untuk anak-anak adalah dengan menyediakan tabungan atau simpanan untuk mereka. Banyak kelebihan yang akan dinikmati apabila ibu bapa telah membuat persediaan dengan mengambil pelan takaful pendidikan dan pada masa yang sama mendapat perlindungan kesihatan.

Bayaran sumbangan untuk sijil pendidikan yang diambil tidaklah membebankan jika diambil seawal usia anak. Dengan sumbangan yang kecil ini dapat membantu anak anda mencapai impiannya. Pelan pendidikan tersebut akan matang pada usia anak kita memerlukan tabungan secukupnya untuk melanjutkan pelajaran. Bukankah impian anak anda merupakan harapan anda juga?

Satu lagi perkara yang tidak boleh diambil mudah ialah menyediakan setiap ahli keluarga dengan perlindungan kesihatan yang meliputi pelan perubatan merangkumi penyakit-penyakit kritikal. Apa akan berlaku sekiranya kita dan anak-anak tidak dilindungi?

Bayaran untuk rawatan dan bil hospital kebiasaannya sangat tinggi. Itu belum termasuk jika perlu menjalani pembedahan dan rawatan susulan. Sedaya upaya kita perlu mencari wang termasuk berhutang dengan harapan asalkan orang tersayang kembali sihat. Keadaan ini dapat dielakkan jika anda mengambil pelan perlindungan perubatan.

Kehidupan sentiasa memerlukan perbelanjaan. Hal ini perlu difikirkan dengan serius apabila anda meningkat tua dan tidak bekerja lagi.

Beruntunglah jika anda mempunyai pencen sebagai pendapatan tetapi persoalannya adakah ia mencukupi? Kebanyakan individu memiliki takaful kerana beberapa sebab antaranya untuk simpanan dan persediaan perlindungan kewangan untuk keluarga sekiranya berlaku kematian, juga untuk pendapatan hari tua kelak setelah tempoh pelan takaful matang.

Demi orang yang tersayang, bertindaklah segera. Anda tidak tahu bila anda memerlukannya tetapi jika anda sudah memiliki pelan perlindungan yang dapat meringankan beban kewangan, anda boleh menjalani hari-hari mendatang dengan penuh ketenangan.

Berminat untuk mendapatkan Cadangan Pelan Perlindungan Takaful & Medical Card? Isi Borang Online berikut http://goo.gl/twxUzK - Anda akan diberi beberapa Cadangan Pelan dan anda boleh memilih Pelan Perlindungan Takaful yang Bersesuaian dan mengikut Keperluan anda.


Untuk sebarang Pertanyaan;
PM www.fb.com/messages/ikhlas2u
Untuk Update Terkini dan Promosi Produk;
❤️ "LIKE" www.fb.com/ikhlas2u
❤️ "LIKE" www.fb.com/IkhlasMediplan
Instagram/YouTube/Twitter : ikhlas2u
☂ Google + Channel : Takaful Ikhlas

 #‎TakafulIkhlas
 #‎MedicalCard
 #‎MediPlan
 #‎Ikhlas2u

Sumber : Sinar Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Pelan IkhlasLink Secure Takaful

Dia