Perancangan Masa Depan Dengan Takaful
Setiap kejayaan perlu perancangan dan usaha yang teliti. Bak kata pepatah, jika kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal. Dalam masa yang sama, kita juga terdedah kepada pelbagai risiko. Pernahkah kita memikirkan perkara ini secara serius?
Cabaran ekonomi global semasa dan impak ke atas ekonomi negara turut memberi tekanan kepada masyarakat terutama kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat. Dalam keadaan ini, pengurusan dan perancangan kewangan yang baik amat penting agar dapat terus bertahan dan berdaya saing.
Pengurusan kewangan adalah satu perkara penting dan menjadi keperluan dalam merancang masa depan kita. Antara faktor utama perlunya perancangan kewangan dan pengurusan risiko adalah kerana inflasi dan kenaikan harga barang dari semasa ke semasa, keperluan hidup keluarga yang tinggi selepas umur persaraan atau waktu tidak bekerja.
Jaminan kewangan amat perlu jika berlaku sesuatu musibah yang menyebabkan hilang sumber pendapatan. Begitu juga dengan urusan harta dan wang yang segera jika berlaku kematian untuk meneruskan kelangsungan hidup dan mengurangkan bebanan kepada waris terdekat.
Kemungkinan atau risiko yang disebutkan di atas dapat ditangani atau diuruskan dengan adanya perancangan kewangan. Sudah tiba masanya kita memikirkan secara serius tentang perkara ini. Tahun 2016 yang bakal meninggalkan kita kurang dari dua bulan lagi, merupakan detik yang tepat untuk memulakan perancangan masa depan keluarga kita.
Keutamaan masa kini ialah mempunyai pelan perubatan yang komprehensif yang merangkumi perlindungan dan rawatan khusus jika ditakdirkan menghidap penyakit kritikal, kemalangan atau kecacatan kekal.
Bayaran bil hospital, pembedahan, rawatan susulan dan ubat-ubatan adalah tinggi. Jika kita tidak mengambil takaful perubatan ia akan menyebabkan simpanan kita berkurangan atau terpaksa menjual aset sedia ada sebelum ia sempat memberi kita pulangan yang sepatutnya.
Sebaik-baiknya pilih pelan Takaful yang menyediakan perlindungan dan pada masa yang sama membolehkan kita menabung. Kedua-duanya cukup penting bagi menghadapi musibah yang tidak dijangka.
Jika anda mempunyai pelan perlindungan, anda tidak perlu risau jika sesuatu berlaku terhadap anda. Pampasan kematian atau kecacatan kekal yang diterima boleh dijadikan sebagai dana untuk mengurangan beban kewangan anda. Anda tidak perlu risau memikirkan bagaimana untuk meneruskan kehidupan seperti biasa kerana ada jaminan dari segi kewangan.
Selain itu, perlu ada perancangan kewangan selepas bersara atau apabila tidak bekerja, sekurangnya-kurangnya untuk tempoh 20 hingga 25 tahun akan datang. Ini kerana manfaat-manfaat pekerja seperti perubatan dan kemalangan diri akan tamat setelah anda bersara atau berhenti kerja. Sumber-sumber kewangan yang boleh menjadi talian hayat untuk keluarga mungkin daripada simpanan peribadi, aset (rumah dan tanah), simpanan emas, pelan takaful, KWSP atau saham amanah.
Persoalannya, adakah sumber-sumber di atas cukup untuk menampung kos kehidupan keluarga untuk tempoh jangka panjang? Menurut Laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 90 peratus pencarum KWSP tidak mempunyai cukup simpanan hari tua selepas lima tahun bersara.
Oleh itu, penting untuk menggunakan instrumen yang tepat bagi kegunaan yang maksimum. Pelan perlindungan takaful boleh dijadikan instrumen untuk menghadapi masalah yang dinyatakan.
Jika sebelum ini anda mengambil pelan takaful tetapi terhad untuk diri sendiri sahaja, kini masanya anda bertindak proaktif. Pertimbangkan juga pelan pendidikan anak, pelan persaraan, pelan penyakit kritikal ataupun pelan khas untuk wanita.
Kesedaran untuk memiliki pelan takaful perlu dipertingkatkan dalam kalangan masyarakat kerana kefahaman ke atas pelan kewangan ini masih lemah dan tidak diambil peduli. Asalkan sudah memiliki satu pelan takaful, dikira memadai.
Oleh itu buatlah kajian atau tanya pendapat profesional untuk mengetahui perlindungan yang sesuai dengan peringkat hidup anda sekarang dan masa depan. Pelbagai laman web institusi kewangan rasmi yang dapat memberikan penjelasan yang telus kepada anda mengenai perancangan kewangan yang tepat dan memenuhi keperluan anda. Anda juga boleh berbincang dengan kenalan yang boleh dipercayai untuk dijadikan rujukan.
Situasi sekarang memerlukan lebih daripada pelan takaful asas. Hakikatnya, takaful berguna kepada mereka yang faham situasi dan kaedah yang digunakan bagi menyelesaikan masalah kewangan setelah pencari nafkah utama hilang upaya bekerja atau meninggal dunia.
Berikhtiar dan bertindak segera demi kebahagiaan hidup kita dan keluarga tercinta. Masa depan sebenarnya bukanlah tempoh yang terlalu lama atau jauh. Ketika masih ada kesempatan, rancanglah sebaik mungkin.
Berminat untuk mendapatkan Cadangan Pelan Perlindungan Takaful & Medical Card? Isi Borang Online berikut http://goo.gl/twxUzK - anda akan diberikan beberapa cadangan pelan pilihan. Anda boleh memilih Pelan Perlindungan Takaful yang Bersesuaian dan mengikut Keperluan anda.
Untuk sebarang Pertanyaan;
PM www.fb.com/messages/ikhlas2u
Untuk Update Terkini dan Promosi Produk;
❤️ "LIKE" www.fb.com/ikhlas2u
❤️ "LIKE" www.fb.com/IkhlasMediplan
Instagram/YouTube/Twitter : ikhlas2u
☂ Google + Channel : Takaful Ikhlas
#TakafulIkhlas
#MedicalCard
#MediPlan
#Ikhlas2u
Sumber : Sinar Harian

Ulasan
Catat Ulasan