Kepentingan Kad Perubatan Takaful
Cuba lihat di dalam dompet anda, kad jenis apakah yang memenuhi ruang yang disediakan? Bagi kebanyakan daripada kita, selain kad pengenalan dan lesen memandu, kad-kad yang disisipkan pada dompet termasuklah kad ATM, kad kredit, kad kesetiaan (loyalty card) pasar raya, kad diskaun dan pelbagai lain. Namun, ada sekeping kad yang cukup penting dan bernilai saat anda memerlukannya iaitu kad takaful perubatan. Adakah anda mempunyai kad tersebut?