Kepentingan Kad Perubatan Takaful

Cuba lihat di dalam dompet anda, kad jenis apakah yang memenuhi ruang yang disediakan? Bagi kebanyakan daripada kita, selain kad pengenalan dan lesen memandu, kad-kad yang disisipkan pada dompet termasuklah kad ATM, kad kredit, kad kesetiaan (loyalty card) pasar raya, kad diskaun dan pelbagai lain.

Namun, ada sekeping kad yang cukup penting dan bernilai saat anda memerlukannya iaitu kad takaful perubatan. Adakah anda mempunyai kad tersebut?



Cabaran besar yang dihadapi pada masa kini ialah kos perubatan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kebimbangan terhadap bil perubatan apabila anda memerlukannya untuk mendapat penjagaan kesihatan berkualiti yang amat diperlukan tidak akan timbul sekiranya anda mempunyai pelan perlindungan perubatan takaful yang disertakan kad perubatan.

Dengan memiliki kad perubatan, anda boleh mendapatkan rawatan di mana-mana hospital swasta yang merupakan panel kepada syarikat pengendali takaful tersebut. Jika perlu dimasukkan ke wad, anda tidak perlu membayar secara tunai sebaliknya bayaran dibuat oleh pihak takaful terus kepada hospital.

Hal ini dapat memastikan proses mendaftar masuk dan keluar dari hospital panel berjalan dengan baik, tanpa masalah.

Pilih kad perubatan berdasarkan keperluan anda. Oleh itu kita mesti bijak memilih produk iaitu jenis perlindungan yang diperlukan dan berapa jumlah yang dilindungi.

Antara yang patut dipertimbangkan termasuk memilih kos bayaran wad yang sepadan dengan kadar wad hospital di tempat tinggal kita. Selain itu, pastikan kad perubatan anda mempunyai had tahunan yang cukup dan had seumur hidup yang mencukupi bagi menampung keperluan perubatan anda.

Perkara paling penting sudah tentu dari segi caruman. Anda bukan sahaja perlu memikirkan berapa caruman yang mampu dibayar tetapi jangka masa pembayaran, serta sijil takaful yang diambil akan memberikan perlindungan yang cukup dan menyeluruh.

Terdapat pelbagai jenis kad perubatan di pasaran. Sama ada kad perubatan tersebut mempunyai ko-takaful (takaful bersama) iaitu pengendali takaful membayar suatu peratusan bil perubatan dan selebihnya dibayar oleh pencarum itu sendiri.

Pilihan yang lebih baik adalah kad perubatan tanpa ko-takaful, di mana pengendali takaful akan membayar bil perubatan sepenuhnya; walaupun sumbangan yang dikenakan sedikit tinggi, ia memberi nilai jangka panjang pada keperluan kesihatan anda.

Kad perubatan sebenarnya juga mempunyai manfaat sebagai simpanan dan perlindungan. Selalunya pelan perlindungan perubatan disertakan bersama pelan takaful berkaitan pelaburan.

Orang yang dilindungi bukan sahaja mendapat rawatan dan khidmat nasihat daripada doktor pakar, malah boleh mendapat potensi pulangan pelaburan yang boleh dijadikan sebagai simpanan untuk masa depan.

Setelah bertahun-tahun bekerja keras, adakah anda rasa berbaloi menggunakan wang simpanan untuk membiayai bil rawatan yang tinggi pada masa akan datang?

Jangan terus menunggu sehingga kita hilang sebahagian kebahagiaan yang mampu kita nikmati hanya kerana tiada persediaan atau  perancangan untuk menghadapi sebarang perkara yang tidak dijangka.

Nak dapatkan Cadangan Pelan Medical Card? Anda akan diberikan beberapa cadangan pilihan 💻 Isi Borang Online di http://tinyurl.com/j9jbp2w


🏁 Instagram/YouTube/Twitter : ikhlas2u
☂ Google + Channel : Takaful Ikhlas

 #‎TakafulIkhlas 
 #‎MedicalCard 
 #‎MediPlan 
 #‎Ikhlas2u

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

Pelan IkhlasLink Secure Takaful

Dia