MSAM 2017 - Takaful IKHLAS Promosi Produk Berasaskan Syariah
Takaful Ikhlas Bhd (Takaful IKHLAS) mempromosikan Perkhidmatan Perlindungan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2017 (MSAM 2017) yang berlangsung di Dataran Temerloh di sini, sejak Khamis lalu.
Perkhidmatan diperkenalkan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) itu adalah bagi memberi pilihan kepada pengunjung MSAM 2017 yang berakhir Selasa ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Latiff Abu Bakar, berkata pihaknya memilih untuk mempromosikan perkhidmatan itu kali ini selepas mengambil kira sambutan pengunjung ketika penganjuran MSAM 2016 yang berlangsung di Tapah, Perak, tahun lalu.
"Jika tahun lalu (MSAM 2016) di Perak kita memperoleh sumbangan (penyertaan) tahunan pengunjung berjumlah RM2 juta, kali ini kita percaya jumlahnya lebih baik ditambah pula dengan pengenalan Perkhidmatan Perlindungan Kewangan berlandaskan syariah ini.
"Walaupun kesedaran mengenai takaful masih rendah di negara ini, kita melihatnya sebagai cabaran dan menjadi tanggung jawab kami memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat.
"Akhirnya mereka akan memiliki skim perlindungan takaful yang bersesuaian dengan keperluan," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Ab Latiff berkata, ejen Takaful IKHLAS yang bertugas sepanjang MSAM 2017 akan membantu meningkatkan pemahaman mengenai konsep dan kepentingan setiap produk ditawarkan.
Beliau berkata, pihaknya turut mengadakan Kuiz IKHLAS @ MSAM 2017 setiap hari di ruang pameran (Takaful IKHLAS) yang boleh disertai pengunjung berusia 18 tahun ke atas.
"Mereka berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik, termasuk telefon pintar dan juga ada cabutan bertuah disediakan kepada pengunjung.
"Pengunjung turut berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma seperti pemeriksaan tekanan darah, ujian gula, berat dan tinggi ideal," katanya.
Sumber : Berita Harian

Ulasan
Catat Ulasan