Tersilap Labur, Lebur Berjuta RM
SEKIRANYA ada duit, dan ingin membiakkan – orang dulu-dulu kata ‘memberanakkan’ – duit anda, cara paling baik ialah menerusi pelaburan. Atau, jika tidak mahu melabur, simpan sahaja duit anda dalam mana-mana bank atau institusi kewangan yang ada faedah, atau orang dulu-dulu sebut ‘bunga’. Teringat saya orang kampung dulu-dulu tidak tahu melabur, tidak suka pula menyimpan duit di bank @ simpanan Pejabat Pos, sebab mereka takut makan ‘bunga’. Berdosa.