Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Umur Kian Singkat, Ajal Makin Dekat

Imej
MASA bergerak begitu pantas. Dalam diam kita sudah memasuki tahun baru Masihi 2013. Ia menandakan usia kita kian berganjak dan semakin tua. Apabila tahun baru menjelma, pasti ramai bersemangat dengan azam baru masing-masing. Apabila ‘wish’ selamat tahun baru, soalan wajib selepas itu pastinya “Apa azam untuk tahun baru?” Nak berazam perlu tunggu tahun baru saja ke? Setahun ada 365 hari manakala tahun itu juga adaah himpunan antara hari. Dari hari-hari itulah menjadi setahun. Jadi azam tahun baru sebenarnya mesti diukir setiap hari. Jika azam sekadar sebutan dan hanya rutin serta pakej sambutan tahun baru saja, sudah tentu tidak ke mana.

Pelancaran Logo Ulangtahun ke 10 Takaful Ikhlas

Imej
Takaful Ikhlas Sdn Bhd, satu unit MNRB Holdings Bhd, melancarkan logo ulang tahun ke-10 hari ini selepas menjalankan solat syukur di masjid Ar-Rahah di Kampung Kerinchi, Bangsar. Logo itu, mena mpilkan tulisan khat kufi, menggambarkan aspirasi syarikat dan wawasannya untuk menjadi jenama terpilih berasaskan syarikat, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Syarikat itu berkata, penggunaan warna hijau pekat dan cerah menggambarkan konsistensi, memandangkan ia juga warna korporat, sementara nombor hitam 10 itu menonjolkan integriti dan kestabilan jenama Takaful Ikhlas, yang berusia 10 tahun.

Industri Takaful Mampu Jana Jualan RM60B

Imej
Industri takaful Asia dijangka terus berkembang pantas berbanding rantau lain di dunia dengan perbezaan pertumbuhan itu akan menyumbang lebih satu pertiga daripada insurans premium global menjelang 2020. Peneraju Insurans, Jaminan dan Rakan Kongsi Ernst & Young Malaysia, Brandon Bruce Sta Maria berkata, industri itu juga dijangka meningkat kepada 15 hingga 20 per atus secara tahunan dengan takaful mampu menjana jualan sebanyak AS$20 bilion (RM60 bilion) menjelang 2017. Menurutnya, industri takaful kini tertumpu kepada barisan perniagaan, segmen dan pasaran terhad namun masih terdapat potensi yang tidak direalisasikan boleh dicapai oleh pemain industri. “Segmen takaful memiliki kira-kira 10 peratus potensi pasaran yang belum diterokai dengan negara sedang membangun dan membangun Asia menawarkan peluang pertumbuhan ketara melalui kadar penembusan takaful dan insurans antara 0.60 hingga 3.40 peratus,” katanya pada Persidangan Takaful Dunia Kedua: Sidang Kemuncak Pem

Lebih 10,000 kematian akibat merokok

Imej
Tabiat merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian di negara ini setiap tahun, kata Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher. Beliau berkata pada tahun 2011, sejumlah 11,056 kematian yang berpunca daripada penggunaan produk tembakau dicatat di hospital kerajaan. Katanya Tinjauan Kesihatan Kebangsaan melalui Global Audit Tabacco Survey Malaysia 2011 menunjukkan kadar merokok dalam kalangan dewasa di negara ini adalah 23 peratus iaitu lebih empat juta perokok.

Perkara Haram Dalam Perniagaan

Imej
Islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi). Perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia mendapatkan harta dan barangan yang diingini. Manusia adalah makhluk yang lemah dan saling memerlukan yang lain. Pensyariatan perniagaan ini adalah bagi memenuhi fitrah semulajadi manusia. Melalui perniagaan ini, manusia boleh memenuhi keperluan dan tuntutan individu, masyarakat dan negara.

Usaha Usahawan Dalam Memenangi Hati Pelanggan

Imej
Setiap usahawan bukan sahaja mempunyai impian untuk melihat perniagaan mereka berjaya maju tetapi juga mahukan perniagaan yang diceburi itu dapat berkembang pesat. Impian inilah yang sentiasa ditanam dalam sanubari mereka yang bercita-cita membuka perniagaan. Lebih-lebih lagi harapan besar ini ditanam dan diperbaharui sebaik sahaja memasuki tahun baru yang bakal menjelang tidak lama lagi. Namun, harus diingat tidak semua usahawan dapat mencapai impian tersebut. Ada yang kecundang di pertengahan jalan dan tidak kurang juga ada yang terpaksa gulung tikar terutama apabila perniagaan mereka masih di takuk lama tanpa sebarang kemajuan. Inilah risiko yang membimbangkan para usahawan yang ingin menceburi bidang perniagaan yang mereka minati.

Keperluan Menghayati Konsep Takaful

Imej
Takaful diasaskan dengan konsep tolong-menolong. Dalam amalan tradisi masyarakat tempatan, tolong-menolong menjadi aspek penting dalam kehidupan. Ia merupakan satu fitrah kehidupan manusia. Manusia yang mempunyai kelebihan dan kepandaian yang berbeza-beza sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Dengan tolong-menolong, mereka bukan sahaja dapat memenuhi hajat individu bahkan dapat meringankan beban kehidupan dengan ada sokongan dan bantuan daripada individu yang lain. Contoh terbaik dalam aspek tolong-menolong di kalangan masyarakat kita ialah tabung khairat kematian.