Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

Kewangan Islam: Lebih Besar Bank Dan Lebih Banyak Hab, Lebih Baik?

Imej
Kewangan Islam telah muncul sebagai alternatif menarik yang beroperasi hampir setara dengan segmen konvensional dan lebih banyak negara kini melaksanakannya. China, sebagai contoh telah menyatakan minat untuk menjadi hab kewangan Islam selepas Hong Kong menjual sukuk lima tahun yang pertama bernilai US$1 bilion pada akhir 2014.

Takaful Ikhlas Terima Anugerah Pengendali Takaful Terbaik Malaysia 2015

Imej
Takaful Ikhlas Berhad. (Takaful Ikhlas), unit kepada MNRB Holdings Bhd. meraih kejayaan apabila menerima pengiktirafan berprestij ‘Pengendali Takaful Terbaik Malaysia 2015’ buat kali kedua, daripada Global Banking & Finance Review, iaitu sebuah portal dalam talian baru-baru ini. Presidennya, Latiff Abu Bakar berkata, anugerah itu membuktikan bahawa produk Takaful Ikhlas adalah setanding dengan syarikat-syarikat pengendali takaful terkemuka di Malaysia sekali gus mengukuhkan lagi keyakinan para pelanggan. Katanya, pengiktirafan ini akan memberi dorongan kepada lebih 400 kakitangan dan 5,000 ejen Takaful Ikhlas untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

63% Pesara Malaysia Bimbang Keupayaan Tanggung Keluarga

Imej
Ramai pesara di Malaysia bimbang mengenai tanggungan hidup dengan 63 peratus daripada mereka bimbang tidak dapat menanggung keluarga atau rakan dari segi kewangan, demikian menurut laporan HSBC. Laporan itu menyebut bahawa Malaysia mencatatkan peratusan tertinggi di dunia bagi kategori berkenaan, diikuti Brazil dan Mexico pada 58 peratus, manakala Singapura (54 peratus).

Cabaran Malaysia Menangani Masyarakat Menua

Imej
Peningkatan bilangan warga tua yang tidak diimbangi dengan bilangan penduduk muda dan dewasa mencetuskan pelbagai cabaran bagi persekitaran ekonomi dan sosial sesebuah negara. Antaranya peningkatan kadar penuaan dalam kalangan penduduk boleh memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Di Barat, misalnya, selain kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi, peningkatan bilangan warga tua juga dilihat sebagai satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kos perbelanjaan awam.

Kewajipan Pemimpin Mengutamakan Kemaslahatan

Imej
Khalifah yang terkenal dengan kebijaksanaan dan ketegasan, `Umar ibn al-Khattab r.a. mengungkap, “ Dalam mengurus harta Allah, aku meletakkan diriku sama seperti penjaga harta anak yatim.  Jika aku memerlukannya, aku akan mengambilnya, jika tidak, aku akan memulangkannya.  Sekiranya aku berkemampuan, maka aku menahan diri daripada mengambilnya.  Sekiranya pula aku amat memerlukan, aku akan menggunakannya dengan baik dan wajar .”  Kata-kata `Umar r.a. ini merujuk kepada peringatan yang diberikan Allah dalam ayat 6, Surah al-Nisa’ berhubung dengan tanggungjawab pengurus harta anak yatim.  Al-Imam al-Syafi`e r.h. menjadikan ungkapan `Umar r.a. ini sebagai prinsip dan mengatakan, “ Kedudukan pemerintah dalam mengurus urusan rakyat atau orang yang dipimpin sama seperti kedudukan penjaga atau pentadbir dalam urusan anak yatim .”