Kepentingan Takaful Perubatan
PEMBIAYAAN terhadap penjagaan kesihatan perlu dilihat sebagai antara aspek yang serius dalam kalangan masyarakat hari ini. Di negara barat, pembelian insurans perubatan dan kesihatan, turut menyokong sistem pembiayaan penjagaan kesihatan mereka menjadi lebih berkesan dan teratur. Hal yang sama sepatutnya berlaku di Malaysia. Pembelian takaful perubatan dan kesihatan mampu menjadi pelengkap kepada sistem pembiayaan penjagaan kesihatan yang sedia ada. Kini, ada pelbagai produk takaful perubatan dan kesihatan di pasaran tempatan. Malangnya, masih ramai individu di negara ini tidak memiliki takaful perubatan dan kesihatan.